Langkau ke kandungan utama

Program FP104 Computer Hardware di UMP...

Sabtu minggu lepas (22/10/2011), telah diadakan satu program untuk pelajar semester satu PMS bagi subjek Computer Hardware. Program ini merupakan bengkel yang memberi pendedahan kepada pelajar dalam melakukan kerja-kerja berkaitan perkakasan komputer. Malah, turut diajar juga cara-cara nak format komputer.

Dari pada 3 kelas pelajar semester 1, seramai 50 orang telah dipilih untuk menyertai aktiviti ini. Pensyarah yang mengiring pula adalah pensyarah yang mengajar subjek FP 104 Computer Hardware, iaitu Rosilawati, Ismail dan saya sendiri. Program bermula dari jam 9.00 pagi hingga 1.30 tengahari. Bengkel ini diadakan di makmal komputer Universiti Malaysia Pahang.

Program ini agak menarik kerana memberi peluang kepada para pelajar mempelbagaikan lagi ilmu mereka. Malah, para pelajar sendiri memberi reaksi yang positif dan seronok dengan bengkel yang dianjurkan. Walaupun ada beberapa kekurangan, namun ianya tidak menjejas kelancaran bengkel ini.

Diharapkan program seumpama ini boleh diteruskan pada masa hadapan dan boleh dipertingkatkan la penganjurannya. yang penting, manfaat yang diperolehi boleh digunakan sebaiknya.

Saya kongsikan antara gambar sepanjang aktiiviti berlangsung.






























Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

'Cinta tak kesampaian...'

Hehe....suka sangat tengok gambar ni...kreatif gak orang yang buat kek ni...tapi rasanya tak leh guna untuk majlis kahwin...nanti jadi betul plak...hehehehe

p/s : Credit kepada Asscrewz.com

Sebulan Dari Sekarang...

Hari ni, saya dah hantar surat letak jawatan saya kepada pihak pengurusan. Saya menghantar notis sebulan untuk letak jawatan bagi membolehkan saya membuat persiapan sebelum ditempatkan di tempat kerja baru, sambil memberi peluang pihak pengurusan mencari pengganti.

Secara jujur, berat juga hati nak hantar surat tadi. Sebab dah hampir 10 bulan saya kerja di sini. Tapi demi masa depan, saya kena teruskan. Surat tu saya letak je di atas meja Eksekutif Admin sebab dia cuti sakit hari ni. Tapi saya ada juga email kepada Manager, HR, dan juga pihak HQ. Sebelum balik, Mr Chua dari HR ada menyerahkan borang untuk saya isi sebelum saya melepaskan jawatan saya. InsyaALLAH, esok saya akan hantar balik borang tu untuk pihak pengurusan buat penilaian.

Dengan penyerahan surat ini, maka saya sudah mulakan langkah saya untuk ke alam baru. Sekarang, cuma tunggu surat rasmi je lagi mengenai penempatan saya nanti. Dari sekarang, boleh la saya mula buat persiapan. Saya harap semuanya akan dipermudahkan …