Langkau ke kandungan utama

07-07-2012 : My Engagement...

Alhamdulillah... Sejuta kesyukuran saya panjatkan pada ALLAh S.W.T. kerana dengan limpah rahmatnya, selesai sudah majlis pertunangan saya dan Nora pada hari ni...

Walaupun pada asalnya saya agak risau sebab dah beberapa kali kamii terpaksa tukar tarikh tunang. Tapi bila sampai je saat cincin disarung ke jari Nora, baru lah saya lega.



Keluarga saya dan keluarga angkat datang dari Kelantan semalam lagi. Mereka sampai Muadzam petang gak la. Mereka dah siap bawak keperluan untuk buat hantaran tu. Cuma semalam buat benda-benda yang ringkas dulu la. Pagi tadi sebelum bertolak, baru la siapkaan yang lain.




Kami gerak dari Muadzam sekitar jam 11.15 pagi tadi. Perjalanan kami agak lama sebab tak leh nak bawak laju sangat. Sampai di tol Temerloh dalam kul 1.35 tengahari. Kat tol Temerloh, adik saya dengan wife dia dah tunggu. Diaorang sampai 10 minit lebih awal sebab diaorang dari KL. Kami gerak sama-sama ke umah Nora.

Sampai umah Nora, kami dijamu terlebih dahulu oleh keluarga Nora. Mereka dah siapkan khemah untuk ruangan makan. Siap makan, baru lah acara dijalankan. Beberapa wakil masjid telah hadir bagi mewakili pihak keluarga Nora.




Selesai sesi berbincang dan pembuka kata, sampai la masa untuk acara menyarung cincin. Masa tu baru la Nora kuar ke hadapan. Cantik je dia hari ni. Cair hati saya...Hehehe...





Lepas selesai sarung cincin, sesi bergambar plak diadakan. Sempat gak saya bergambar dengan cik tunang saya ni...Hehehe...



















Kami gerak balik dalam kul 3 lebih gak la. Takleh lewat sangat gerak sebab keluarga saya terus balik ke Kelantan. Tapi sebelum balik kami rehat sambil minum jap katt Temerloh. Dalam kul 4.30 saya gerak balik Muadzam.

Saya nak ambil kesempatan ni untuk ucapkan jutaann terima kasih pada semua yang dah banyak tolong untuk memastikan majlis ni berjalan lancar. Kepada kawan-kawan kat PMS, terima kasih banyak-banyak, terutamanya Asyran & Dayah yang sudi gantikan saya untuk gi kursus & mesyuarat di Putrajaya. Tidak lupa pada keluarga saya dan keluarga angkat saya yang bertungkus lumus menyiapkan hantaran dan keperluan lain. Tidak lupa juga adik dan adik ipar saya yang sudi datang dari KL untuk majlis saya ni.

InsyaAllah, sama-sama la kita doakan hubungan kami ni berkekalan hingga ke jinjang pelamin. Amin...

Ulasan

muzam berkata…
tahniah riki..lain beno rupe mike..
s b 1 8 9 1 1 9 berkata…
hehehe...mekasih mel...biasa la...bdan makin chubby..

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Letihnya Stock Take...

Akhirnya, derita semingga hampir selesai. Selepas berpenat lelah berjuang, akhirnya, tugasan kami hampir selesai.Sesi pengiraan stok (Stock take) yang berlangsung pada 30 Mac lepas hampir sempurna. Bermula dari minggu lepas lagi sebenarnya saya dan MIS sibuk dengan persiapan untuk stock take ni. Lepas penerangan secara rasmi oleh Manager, maka bermulalah sesi persediaan yang perlu dibuat. Setiap bahagian mula buat persiapan masing-masing. Tidak lupa juga dengan saya. Saya kena bagi taklimat kepada staff yang akan terlibat sebagai helper & scanner pada hari stock take nanti. Taklimat diadakan pada 23, 34 & 27 Mac lalu. Setiap hari ada 2 sesi. Saya la yang terpaksa 'mengajar' staff lain. Sepatutnya 27 tu hari offday saya. Tapi terpaksa la keje gak. Sesi taklimat ringkas kepada staff Selepas selesai semua taklimat, saya sibuk pula menyiapkan mesin untuk digunakans ebagai scannaer pada hari stock take tersebut. Kami diminta menyiapkan 25 buah mesin untuk digunakan. Pad