Langkau ke kandungan utama

Terima Kasih Cikgu...

Sempena sambutan Hari Guru kali ni, saya ingin berkongsi dengan anda semua pengalaman hidup saya sewaktu di alam persekolahan. Pengalaman ini membuatkan saya cukup menghormati setiap individu yang bergelar guru.

Pengalaman yang ingin saya kongsi ini adalah semasa saya di tingkatan lima iaitu pada tahun 2001. Waktu tu dalam bulan Mac atau April. Saya telah dipanggil oleh guru kelas saya iaitu Puan Noraini Omar untuk membincangkan mengenai yuran pendaftaran SPM saya. Walaupun sudah 2,3 bulan persekolahan bermula, saya masih belum mampu membayar yuran peperiksaan SPM. Maklumlah, keluarga saya bukanlah dari golongan berada. Sekadar cukup untuk makan seharian saja. Memanglah saya mendapat bantuan biasiswa, tapi kesemua wang biasiswa saya waktu tu telah habis digunakan untuk pendaftaran sekolah adik saya. Kebetulan adik saya mendapat tawaran sekolah berasrama penuh. Jadi, saya terpaksa berkorban untuk membayar yuran dan menyediakan segala persiapan adik saya.

Cikgu Noraini cukup memahami keadaan saya. Jadi, dia mencadangkan saya agar memohon untuk meminjam duit dari tabung PIBG unbtuk membayar yuran SPM saya. Setelah berbincang dengan keluarga saya, mereka setuju walaupun pada mulanya mereka agak keberatan. Saya pun membuat permohonan rasmi kepada Bendahari PIBG sekolah yang juga guru Fizik saya, Cikgu Kamisah. Menurut Cikgu Kamisah, perkara ini akan dibawa ke pihak PIBG untuk dibincangkan sebelum mendapat kelulusan. Mungkin akan mengambil masa beberapa minggu.

Selepas menunggu, seminggu sebelum tarikh akhir pendaftaran SPM, saya dipanggil oleh Cikgu Kamisah. Cikgu Kamisah memaklumkan bahawa permohonan saya diluluskan dan saya diminta untuk mendapatkan segala maklumat mengenai bayaran yuran dari guru kelas saya sebelum wang dapat diserahkan. Masa tu saya cukup lega sekali kerana permohonan saya lulus.
Pada hari sama saya mendapat kelulusan dari Cikgu Kamisah, saya dipanggil oleh Cikgu Nahar Sham, iaitu guru penasihat untuk pusat sumber sekolah. Sebagai Ketua Pustakawan, saya sememangnya rapat dengannya. Malah, Cikgu Nahar mengenali keluarga saya. Saya ke biliknya setelah dipanggil. Pada mulanya saya tak tahu kenapa saya dipanggil. Risau kalau-kalau saya ada buat salah. Kemudian, barulah Cikgu Nahar memaklumkan yang dia dapat tahu bahawa saya memohon untuk meminjam duit dari tabung PIBG. Cikgu Nahar beritahu saya bahawa dia tak tahu akan masalah yang saya hadapi, dan dia juga kecewa saya tidak berkongsi masalah saya dengan dia. Saya sebenarnya tak mahu menyusahkan sesiapa pun dengan masalah saya. Cikgu Nahar pun meminta saya membawa ayah saya ke sekolah keesokan hari kerana dia nak berbincang sesuatu. Saya pun akur dan menjelaskan kepada ayah saya supaya datang ke sekolah esok.

Keesokannya, bila ayah saya sampai ke sekolah, saya terus membawa ayah saya berjumpa Cikgu Nahar. Saya tak tahu apa yang dibincangkan kerana Cikgu Nahar mahu saya balik ke kelas saya. Sejam kemudian, ayah saya datang ke kelas saya. Ayah saya menjelaskan apa yang dibincangkannya dengan Cikgu Nahar.

Menurut ayah saya, Cikgu Nahar menjelaskan kepada ayah saya yang dia pada mulanya tidak tahu mengenai masalah saya ini sehinggalah berita mengenai saya memohon pinjaman tersebar di bilik guru. Bila mendengarkan berita tu, Cikgu Nahar nak tolong kami. Cikgu Nahar telah menyerahkan RM 200 kepada ayah saya. Katanya itu duit zakat dari abangnya. Menurut Cikgu Nahar lagi, dia telah berbincang dengan Penolong Kanan 1, Cikgu Wan Samsiah. Cikgu Wan Samsiah juga sudi untuk membantu. Jadi, selepas berjumpa Cikgu Nahar, ayah saya dibawa ke bilik Cikgu Wan Samsiah. Cikgu Wan Samsiah akan membayar baki yang selebihnya. Cikgu Wan Samsiah telah mendermakan RM 50 untuk bayaran yuran saya. Ayah saya menerima pemberian itu dengan linangan air mata.

Bila dah sampai ke kelas saya, ayah saya nak bayar la duit yang diterima tadi untuk yuran SPM saya. Rupa-rupanya masih tak cukup RM 6 kerana yuran SPM saya RM 256. Disebabkan tiada wang, ayah saya berjanji untuk melunaskan baki RM 6 esok. Tapi Cikgu Noraini dengan sukarela ingin membantu membayar baki RM 6 itu. Hanya ucapan terima kasih sambil diiringi linangan air mata mampu dizahirkan oleh ayah saya. Selepas selesai semua urusan, ayah saya terus balik ke rumah.

Selepas ayah saya balik, saya mengampiri Cikgu Noraini untuk mengucapkan terima kasih. Masa tu, saya memang tak mampu lagi menahan air mata saya dari mengalir. Saya cukup sebak dengan apa yang berlaku. Tanpa rasa malu, saya terus je menangis depan Cikgu Noraini. Cikgu Noraini menenangkan saya sambil memberi nasihat agar saya belajar bersungguh-sungguh agar dapat buktikan bahawa anak orang miskin pun boleh berjaya. Selepas habis kelas, saya terus berjumpa dengan Cikgu Wan Samsiah dan Cikgu Nahar untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka.

Malah, sudah beberapa kali sebelum ini saya menceritakan bahawa Cikgu Nahar adalah antara guru yang paling saya hormati sepanjang saya bergelar pelajar. Pernah pada satu ketika saya difitnah oleh beberapa pelajar lain sehinggakan nama saya disebut dan dibincangkan di dalam mesyuarat disiplin. Saya dikatakan membuat satu kesalahan yang langsung tidak benar. Ketika itu, sebagai seorang guru disiplin yang cukup mengenali saya, Cikgu Nahar dengan sekeras-kerasnya membela dan mempertahankan saya. Dia tahu saya langsung tidak terlibat dengan kesalahan yang diperkatakan. Saya dapat tahu perkara ini dari seorang lagi guru disiplin.
Walaupun keputusan SPM saya bukanlah yang terbaik, tapi sekurang-kurangnya masih lagi dalam 5 teratas. Saya cukup bersyukur kerana akhirnya dapat membalas kembali kepercayaan yang telah diberikan oleh guru-guru yang berkorban untuk saya. Saya mahu mereka berbangga dengan pencapaian saya.

Apa yang berlaku 8 tahun lalu itu tetap segar di ingatan saya. Malah, saya juga masih ingat jumlah yuran SPM saya iaitu RM 256 kerana yuran saya dibayar oleh 3 orang guru. Bukan nilai wang yang menjadi perhatian, tetapi niat dan pengorbanan mereka untuk membantu saya yang membuatkan mereka cukup saya hormati. Sehingga kini, mereka tak pernah hilang dari ingatan saya. Bagi saya, merekalah contoh guru terhebat.

Kepada semua cikgu yang pernah mendidik saya secara formal atau tidak formal, khususnya kepada Cikgu Nahar, jutaan terima kasih saya ucapkan. Sesungguhnya jasa anda semua tidak mungkin dapat saya lupakan.

Selamat Hari Guru...

Ulasan

khairulzchenko berkata…
sedih la cite ko...hehee...berjurai air mata aku...semoga sukses selalu bro!
s b 1 8 9 1 1 9 berkata…
huhu...nak wat camne...
mytafa berkata…
:( (hanya mampu guna emotikon)....
aieza samad berkata…
aduhhh...sedih aku.
terasa insaf diri aku.aku ingat aku susah rupanya ada lagi susah dr aku...
tomato_masam berkata…
wuaa!~ nanges kiter baca citer ni, sedey sgt!! huhu..tak pe, at least cikgu2 tu nampak hasil usaha tuk keje keras kan =)
s b 1 8 9 1 1 9 berkata…
fakrul..;
xtau ke...?ingatkn dah cite dulu...huhu

Aiza..;
Biasa la...lumrah kitaran hidup...ada lgi yg lebih susah dr sy....cuma mgkn mereka lbih diperhati brbanding kitaorg ni...

Fie..;
Yela...sbb tu sy minat gak jd cikgu...sbb kalau bleh, sy nak tlg org2 mcm sy...tp xde rezeki lg...
mytafa berkata…
baik, cikgu riki...hehehe
s b 1 8 9 1 1 9 berkata…
hahaha....xdp jd cikgu lg la...

Catatan popular daripada blog ini

'Cinta tak kesampaian...'

Hehe....suka sangat tengok gambar ni...kreatif gak orang yang buat kek ni...tapi rasanya tak leh guna untuk majlis kahwin...nanti jadi betul plak...hehehehe

p/s : Credit kepada Asscrewz.com

Sebulan Dari Sekarang...

Hari ni, saya dah hantar surat letak jawatan saya kepada pihak pengurusan. Saya menghantar notis sebulan untuk letak jawatan bagi membolehkan saya membuat persiapan sebelum ditempatkan di tempat kerja baru, sambil memberi peluang pihak pengurusan mencari pengganti.

Secara jujur, berat juga hati nak hantar surat tadi. Sebab dah hampir 10 bulan saya kerja di sini. Tapi demi masa depan, saya kena teruskan. Surat tu saya letak je di atas meja Eksekutif Admin sebab dia cuti sakit hari ni. Tapi saya ada juga email kepada Manager, HR, dan juga pihak HQ. Sebelum balik, Mr Chua dari HR ada menyerahkan borang untuk saya isi sebelum saya melepaskan jawatan saya. InsyaALLAH, esok saya akan hantar balik borang tu untuk pihak pengurusan buat penilaian.

Dengan penyerahan surat ini, maka saya sudah mulakan langkah saya untuk ke alam baru. Sekarang, cuma tunggu surat rasmi je lagi mengenai penempatan saya nanti. Dari sekarang, boleh la saya mula buat persiapan. Saya harap semuanya akan dipermudahkan …