Dalam 2,3 cerita yang saya kongsi kebelakangan ni banyak mengisarkan situasi saya kat pejabat. Bukan apa, sekadar nak menceritakan perasaan dan keadaan yang saya hadapi sekarang ni. Hari ni pun saya masih nak berkongsi benda yang berkaitan juga. Semalam, keadaan yang merisaukan saya semakin menjadi nyata. Seorang kerani N 17 yang bekerja di Putrajaya datang ke pejabat. Katanya, nak kenal tempat sebab dia dapat surat pertukaran dari Putrajaya ke Terengganu. Mengikut surat, dia kena lapor diri ke Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada hari ni. Macam biasa, ianya sekadar prosedur biasa bagi pertukaran baru seperti ini. Lepas lapor diri, dia akan mula kerja di JBPM Terengganu sebab dalam surat sudah menyatakan bahawa dia akan ditempatkan di sini. Kakak-kakak kat pejabat saya sudah membayangkan yang dia akan mengisi kekosongan di bahagian stor. Maklumlah, kerani yang akan datang ni adalah kerani lelaki. Jadi, sesuai la kalau duduk di stor. Saya dan kakitangan sambilan yang
~ s b 1 8 9 1 1 9 ~ .a.k.u.t.e.t.a.p.a.k.u. ~