Langkau ke kandungan utama

Semakin Hampir...

Rabu lepas, saya ada cerita pasal situasi saya kat pejabat. Saya ada sebut bahawa kami di pejabat menunggu waran perjawatan baru yang mungkin akan tiba bila-bila masa.

Sebab tak nak berlaku kelam kabut bila pegawai baru datang, bos saya nak man dan saya kemaskan pejabat pada hari Rabu lepas. Lepas rehat tengahari, saya dan Man mula susun pejabat. Tak sempat siap petang tu, kami sambung pula hari Khamis.

Semasa duk kemas-kemas hari Khamis tu, akhirnya telahan saya menjadi kenyataan. Waran perjawatan yang ditunggu-tunggu akhirnya telah pun sampai. Semua perjawatan yang dicadangkan oleh JPA adalah sama dengan waran yang sampai kecuali jawatan paling tinggi. Kalau dalam cadangan mengatakan PTD akan mengisi perjawatan baru ini tapi tidak menjadi kenyataan. Pegawai N 36 sahaja yang akan mengetuai Bahagian Pengurusan nanti.

Bagaimana pun, persiapan tetap diteruskan. Saya dan Man masih menyiapkan susunan pejabat yang baru ni. Hari ni pun ada lagi sikit yang kami buat seperti mengemaskini wayar dan kabel-kabel yang berkaitan.

Bila dah sampai waran tu, makin kuat la debaran saya ni. Bila-bila masa je pegawai-pegawai dan kakitangan baru tu akan sampai. Maknanya, dah tak lama la saya kerja kat sini...Huhu...

Saya nak kena fikir rancangan masa depan dari sekarang. Mungkin nak kena buat perniagaan sendiri, tapi masalah kewangan pulak yang jadi penghalang.

Tak pelah...Tengok je la apa yang akan berlaku nanti. Berserah je la...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Hanya Tuhan Yang Tahu...

Hari ni takde cerita nak dikongsi lagi sebab duk sibuk sangat dengan keje & pemantauan akademik dari JPP. Cuma saya nak kongsikan lirik yang sentiasa saya dengar sekarang. Lagu Hanya Tuhan Yang Tahu nyanyian Kumpulan UNIC . Lagu ni dah lama sebenarnya, cuma sekarang saya suka dengar balik lagu ni. Mungkin lirik lagu ni agak bermakna dengan keadaan sekarang. so, sama-sama la kita layan ek...Hehehe... ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ UNIC - Hanya Tuhan Yang Tahu... Ku pendamkan perasaan ini Ku rahsiakan rasa hati ini Melindungkan kasih yang berputik Tersembunyi di dasar hati Ku pohonkan petunjuk Ilahi Hadirkanlah insan yang sejati Menemani kesepian ini Mendamaikan sekeping hati Oh Tuhanku Berikanlah ketenangan abadi Untukku menghadapi Resahnya hati ini mendambakan kasih Insan yang ku sayang C/o: Di hati ini Hanya Tuhan yang tahu Di hati ini Aku rindu padamu Tulus sanubari Menantikan hadirmu Hanyalah kau gadis pilihanku...