Nampaknya krisis kerjaya saya akan bermula tak lama lagi.
Semalam, keadaan kat pejabat saya agak hangat dengan perkembangan terbaru yang kami terima. Mungkin tidak lama lagi perjawatan baru untuk Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Terengganu akan dikeluarkan. Waran perjawatan ini sebenarnya sudah dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada ibu pejabat JBPM di Putrajaya berkuatkuasa 1 Januari 2009 lalu. Namun, sehingga sekarang waran itu belum diedarkan lagi ke JBPM peringkat negeri. Ianya masih berada pada salah seorang pegawai di ibu pejabat.
Kami juga telah mendapat carta cadangan untuk perjawatan baru itu yang dikeluarkan oleh JPA. Melalui carta tersebut, terdapat banyak sekali pertambahan jawatan untuk JBPM Terengganu, khususnya Bahagia Pengurusan, iaitu tempat saya berada sekarang. Antaranya ialah pertambahan bilangan kerani N 17, EO N 32, PTD, serta beberapa jawatan lain.
Perjawatan ini akan dilakukan secara berperingkat mulai sekarang. Pegawai di pejabat saya yang akan terlibat dengan penstrukturan baru ini adalah Penolong Akauntan W 27 yang akan bertukar ke Kuantan. Ini kerana mengikut perjawatan baru, gred W 27 akan dikosongkan dan diganti dengan W 32. Pertukaran ini akan bermula minggu depan, iaitu 1 April 2009.
Tentu sekali penstrukturan baru ini akan menambahkan jumalh kakitangan baru di dalam perkhidmatan awam yang secara tidak langsung memberi peluang pekerjaan kepada ramai rakyat yang sedang menganggur. Boleh dikatakan ianya tepat pada masanya, iaitu ketika krisis ekonomi sebegini.
Tapi, kenapa pula saya katakan yang krisis kerjaya saya akan bermula...?
Begini ceritanya...
Saya bekerja di sini hanyalah sebagai kerani secara sambilan. Maksudnya, tempoh khidmat saya bergantung kepada pihak jabatan, sementara wujud kekurangan jawatan itu di jabatan berkenaan. Jika diperlukan, tempoh kontrak saya akan disambung setiap 6 bulan. Saya pernah ceritakan perkara ini bulan lepas....
Apabila berlaku penstrukturan baru, maka akan bertambah bilangan kakitangan. Jika sekarang kerani N 17 hanya 3 orang, melalui perjawatan baru nanti akan berlaku pertambahan sehingga jumlah kerani N 17 menjadi 8 orang. Ini bermakna, semua posisi tugas akan diisi sepenuhnya. Secara tidak langsung, ianya memberi gambaran bahawa khidmat saya dan beberapa lagi kakitangan sambilan tidak diperlukan. Atau lebih tepat lagi, khidmat kami tidak akan disambung lagi. Mungkin juga keputusan lebih drastik seperti penamatan kontrak akan dilakukan bagi menjimatkan kos jabatan.
Dengan peluang pekerjaan yang semakin sukar sekarang, saya tak dapat bayangkan ke mana saya akan kerja jika khidmat saya tidak disambung dalam jangka masa terdekat ni. Lebih merisaukan, kontrak saya sekarang hanyalah sehingga penghujung April. Dengan peluang untuk mendapat jawatan PTD yang saya pohon terlalu tipis, saya hanya membayangkan yang saya akan menganggur untuk satu tempoh yang lama.
Bukan saya je yang risau, tapi semua kakitangan sambilan di pejabat saya mula mencongak masa depan masing-masing. Jika sebelum ini kakitangan lain sering menyejukkan hati kakitangan sambilan dengan agakan bahawa penstrukturan ini tidak akan berlaku tahun ini, namun apabila carta itu sudah berada depan mata, semuanya bagaikan terdiam. Tak tahu nak cakap macam mana lagi. Semuanya hanya mampu menunggu waran sebenar tiba bila-bila masa dari sekarang.
Jadi, jelas sekali sekarang bahawa sebarang kemungkinan akan berlaku. Saya perlu bersedia dari sekarang. Jika benar semua ini berlaku dalam tempoh terdekat, saya tak dapat buat apa-apa. Mungkin saya akan balik ke Kota Bharu dan mencongak kehidupan baru di sana.
Apa boleh buat. Saya sekarang diibaratkan seperti telur di hujung tanduk...

Ulasan
Doakan la sy dpt keje tetap ek...huhu
emma...
Nanti kita gi cari maklumat dulu ek...