Langkau ke kandungan utama

Balik KB Petang Ni...

Petang ni saya akan naik bas balik KB. Tiket saya jam 6.00 petang. Sampai la dalam kul 10.00 malam nanti kot...

Sebelum balik, kena siapkan dulu kerja-kerja di pejabat ni. Maklumlah, saya akan bercuti selama seminggu bermula esok. Saya masuk semula hari Selasa minggu depan (10 Mac).

Jadi, pada member-member, maaf la kalautak sempat balas komen. Kalau balik KB, susah sikit nak buka blog ni sebab kena gi CC. Malas pulak...Hehehe...

Jumpa balik minggu depan ek...INSYAALLAH, saya akan kongsi cerita semasa temuduga saya nanti.

Doakan saya nanti ek...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

'Cinta tak kesampaian...'

Hehe....suka sangat tengok gambar ni...kreatif gak orang yang buat kek ni...tapi rasanya tak leh guna untuk majlis kahwin...nanti jadi betul plak...hehehehe

p/s : Credit kepada Asscrewz.com

Sebulan Dari Sekarang...

Hari ni, saya dah hantar surat letak jawatan saya kepada pihak pengurusan. Saya menghantar notis sebulan untuk letak jawatan bagi membolehkan saya membuat persiapan sebelum ditempatkan di tempat kerja baru, sambil memberi peluang pihak pengurusan mencari pengganti.

Secara jujur, berat juga hati nak hantar surat tadi. Sebab dah hampir 10 bulan saya kerja di sini. Tapi demi masa depan, saya kena teruskan. Surat tu saya letak je di atas meja Eksekutif Admin sebab dia cuti sakit hari ni. Tapi saya ada juga email kepada Manager, HR, dan juga pihak HQ. Sebelum balik, Mr Chua dari HR ada menyerahkan borang untuk saya isi sebelum saya melepaskan jawatan saya. InsyaALLAH, esok saya akan hantar balik borang tu untuk pihak pengurusan buat penilaian.

Dengan penyerahan surat ini, maka saya sudah mulakan langkah saya untuk ke alam baru. Sekarang, cuma tunggu surat rasmi je lagi mengenai penempatan saya nanti. Dari sekarang, boleh la saya mula buat persiapan. Saya harap semuanya akan dipermudahkan …