Langkau ke kandungan utama

Selamat Hari Jadi, Tasha....

Hari ni hari jadi Tasha, salah seorang kawan kat pejabat ni. Kitaorang memang rapat, dah macam adik beradik.

Saya dan Man sebenarnya nak buat kejutan untuk Tasha semalam. Kitaorang rancang nak ajak dia keluar makan semalam, kitaorang nak belanja. Tapi terpaksa batal sebab Man ada urusan lain. Jadi, terpaksa la tunda niat nak belanja Tasha hari ni...

Kepada Tasha, selamat hari jadi....

Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki...

Tidak dilupa, semoga cepat kahwin dengan 'Abg Mie'....

Hehehe...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sebulan Dari Sekarang...

Hari ni, saya dah hantar surat letak jawatan saya kepada pihak pengurusan. Saya menghantar notis sebulan untuk letak jawatan bagi membolehkan saya membuat persiapan sebelum ditempatkan di tempat kerja baru, sambil memberi peluang pihak pengurusan mencari pengganti.

Secara jujur, berat juga hati nak hantar surat tadi. Sebab dah hampir 10 bulan saya kerja di sini. Tapi demi masa depan, saya kena teruskan. Surat tu saya letak je di atas meja Eksekutif Admin sebab dia cuti sakit hari ni. Tapi saya ada juga email kepada Manager, HR, dan juga pihak HQ. Sebelum balik, Mr Chua dari HR ada menyerahkan borang untuk saya isi sebelum saya melepaskan jawatan saya. InsyaALLAH, esok saya akan hantar balik borang tu untuk pihak pengurusan buat penilaian.

Dengan penyerahan surat ini, maka saya sudah mulakan langkah saya untuk ke alam baru. Sekarang, cuma tunggu surat rasmi je lagi mengenai penempatan saya nanti. Dari sekarang, boleh la saya mula buat persiapan. Saya harap semuanya akan dipermudahkan …

'Cinta tak kesampaian...'

Hehe....suka sangat tengok gambar ni...kreatif gak orang yang buat kek ni...tapi rasanya tak leh guna untuk majlis kahwin...nanti jadi betul plak...hehehehe

p/s : Credit kepada Asscrewz.com