Langkau ke kandungan utama

Selamat Pengantin Baru...

Macam biasa, bila sampai je musim cuti sekolah, mesti ramai yang akan melangsungkan majlis perkahwinan.

Minggu ni, saya dapat 2 undangan dari kawan saya masa belajar di UUM. Majlis pertama ialah semalam, 6 Disember iaitu majlis perkahwinan Ijan dengan Azreen. Ijan ni kawan saya yang sama-sama belajar dengan saya. Kahwin dengan Azreen yang dikenali semasa di UUM. Sempat gak la saya kenal calon isteri dia ni dulu.

Seorang lagi kawan saya yang akan mendirikan rumah tangga ialah Wan, iaitu pada Sabtu ni, 12 Disember di Kuala Ketil, Kedah. Wan ni pun sama-sama belajar dengan saya, malah kami tinggal di blok yang sama di Kolej TNB. Member-member di kolej dan fakulti panggil dia Wan Pacak sebab rambut dia yang terpacak...Hehehe...Calon isterinya pun saya kenal sebab kami juga sekelas, iaitu Farah. Kami pernah sama-sama buat tugasan dan projek kelas sama-sama dulu.

Tapi sayangnya, saya tak dapat hadir ke majlis mereka. Maklumlah, sekarang ni saya dah tak kerja. Duk menganggur di rumah je. Tak ada bajet la nak gi. Jadi, saya pos je hadiah untuk mereka. Hadiah pun tak mahal sangat, tapi rasanya cukup untuk menggambarkan ingatan saya pada kawan-kawan saya ni. Lagi pun, mereka boleh dikatakan antara kawan-kawan baik saya semasa di UUM dulu. Tentulah saya kena ingat mereka.

Kepada Ijan & Azreen dan Wan & Farah, selamat pengantin baru saya ucapkan. Semoga berbahagia selamanya. Cepat-cepat dapat baby. Maaf sekali lagi sebab tak dapat datang majlis anda semua. Nanti kirim-kirim la gambar kahwin untuk saya ek...Hehe...

p/s : Selamat hari jadi untuk adik saya, Romi yang ke 24.

Ulasan

mytafa berkata…
ermm.....ki bila pulok nk kawin nie......tlg simpan bunga telor, kawe suke makang telor...lalala
s b 1 8 9 1 1 9 berkata…
lambat lg la...hehe

Catatan popular daripada blog ini

Sebulan Dari Sekarang...

Hari ni, saya dah hantar surat letak jawatan saya kepada pihak pengurusan. Saya menghantar notis sebulan untuk letak jawatan bagi membolehkan saya membuat persiapan sebelum ditempatkan di tempat kerja baru, sambil memberi peluang pihak pengurusan mencari pengganti.

Secara jujur, berat juga hati nak hantar surat tadi. Sebab dah hampir 10 bulan saya kerja di sini. Tapi demi masa depan, saya kena teruskan. Surat tu saya letak je di atas meja Eksekutif Admin sebab dia cuti sakit hari ni. Tapi saya ada juga email kepada Manager, HR, dan juga pihak HQ. Sebelum balik, Mr Chua dari HR ada menyerahkan borang untuk saya isi sebelum saya melepaskan jawatan saya. InsyaALLAH, esok saya akan hantar balik borang tu untuk pihak pengurusan buat penilaian.

Dengan penyerahan surat ini, maka saya sudah mulakan langkah saya untuk ke alam baru. Sekarang, cuma tunggu surat rasmi je lagi mengenai penempatan saya nanti. Dari sekarang, boleh la saya mula buat persiapan. Saya harap semuanya akan dipermudahkan …

'Cinta tak kesampaian...'

Hehe....suka sangat tengok gambar ni...kreatif gak orang yang buat kek ni...tapi rasanya tak leh guna untuk majlis kahwin...nanti jadi betul plak...hehehehe

p/s : Credit kepada Asscrewz.com