Langkau ke kandungan utama

Selamat Tinggal 2009, Selamat Datang 2010...

Hari ni dah 30 Disember 2009. Bermakna esok adalah hari terakhir bagi tahun 2009 ni. Sesungguhnya 2009 bukanlah tahun terbaik untuk saya.

Di awal tahun 2009, beberapa azam telah saya lafazan untuk dilaksanakan tahun ini. Tapi, tinggal sehari saja lagi untuk melangkan tahun baru 2010, rasanya banyak lagi azam saya yang tidak dapat tertunai. Nyata sekali sudah tidak sempat untuk saya lunaskan semuanya dalam masa sehari, kan... Mungkin azam 2009 saya akan berlalu begitu saja...

Apa yang paling membuatkan saya kecewa ialah saya tidak dapat melaksanakan azam saya untuk mendapatkan pekerjaan tetap. Saya ingat lagi di awal tahun, saya memang berazam untuk menjadikan tahun 2009 sebagai tahun serius saya untuk mendapatkan pekerjaan tetap. Tapi apa yang terjadi nyata bertentangan. Saya bukan saja belum mendapat pekerjaan tetap, malah saya sendiri sedang menganggur sekarang. Sewaktu berazam dulu, saya sedang bekerja sambilan tapi di akhir tahun, saya menjadi penganggur. Secara peribadi, ianyamemberi tamparan untuk saya. Dalam keadaan semasa yang agak kurang mengizinkan, 2010 tentu sekali menjadi tahun yang mencabar untuk saya dalam mencari pekerjaan.

Selain pekerjaan, saya telah berazam untuk mendapat lesen memandu untuk tahun 2009 ni. Azam saya yang ni belum juga tercapai. Saya hanya mula proses memiliki lesen dalam bulan November, jadi memang tak sempat la untuk saya mendapat lesen memandu sebelum hujung tahun. Tapi INSYAALLAH, kalau tak ada halangan, awal tahun 2010 nanti saya akan memiliki lesen. Sekarang pun saya di fasa akhir untuk mendapatkan lesen memandu.

Dalam coretan saya sempena awal tahun 2009 dulu, saya juga ada menyebut tentang jodoh. Maklumlah, tahun 2009 ni, memang ramai sahabat saya yang mendirikan rumah tangga. Ketika awal tahun dulu, saya memang tak letak sasaran untuk menurut jejak rakan-rakan saya tu. Yela, banyak lagi perlu saya kejar sebelum saya berumah tangga. Lebih-lebih lagi bila saya sedang menganggur ni. Sekarang, tumpuan utama saya adalah pada keluarga dan kerjaya.

Untuk tahun 2010 nanti, belum ada apa-apa azam yang baru dari saya. Memandangkan azam 2009 saya masih belum tercapai, jadi saya rasa eloklah saya tumpu perhatian untuk menyelesaikan 2 azam utama 2009 yang tertangguh tu. Kemudian, barulah saya fikirkan jalan seterusnya untuk masa depan saya.

Kepada kawan-kawan, saya doakan anda sudah berbahagia sepanjang 2009 ni dan akan lebih berjaya di tahun 2010 nanti. Saya harap anda juga akan mendoakan kejayaan saya nanti. INSYAALLAH, berkat doa dan izin dari ALLAH, kita akan mencapai segala yang dihajati.

Kepada tahun 2009, selamat tinggal bersama seribu segala macam kenangan dan peristiwa...

Kepada tahun 2010, selamat datang dan jadilah tahun yang menyinar dan membanggakan untuk kita semua...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Hanya Tuhan Yang Tahu...

Hari ni takde cerita nak dikongsi lagi sebab duk sibuk sangat dengan keje & pemantauan akademik dari JPP. Cuma saya nak kongsikan lirik yang sentiasa saya dengar sekarang. Lagu Hanya Tuhan Yang Tahu nyanyian Kumpulan UNIC . Lagu ni dah lama sebenarnya, cuma sekarang saya suka dengar balik lagu ni. Mungkin lirik lagu ni agak bermakna dengan keadaan sekarang. so, sama-sama la kita layan ek...Hehehe... ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ UNIC - Hanya Tuhan Yang Tahu... Ku pendamkan perasaan ini Ku rahsiakan rasa hati ini Melindungkan kasih yang berputik Tersembunyi di dasar hati Ku pohonkan petunjuk Ilahi Hadirkanlah insan yang sejati Menemani kesepian ini Mendamaikan sekeping hati Oh Tuhanku Berikanlah ketenangan abadi Untukku menghadapi Resahnya hati ini mendambakan kasih Insan yang ku sayang C/o: Di hati ini Hanya Tuhan yang tahu Di hati ini Aku rindu padamu Tulus sanubari Menantikan hadirmu Hanyalah kau gadis pilihanku...