Langkau ke kandungan utama

Bola Sepak...

Hari ni saya nak sembang-sembang pasal bola. Sikit-sikit je pun...Hehe...


Liga Juara-juara Eropah...

Semalam merupakan perlawanan terakhir peringkat kumpulan. Bermakna selepas ini semua pasukan yang layak akan bertanding di peringkat kalah mati. Dah la kalah, mati pulak tu...Hehe...

Rasanya ramai dah tahu keputusannya. Hampir kesemua pasukan pilihan yang diramal berjaya layak, kecuali Liverpool yang sudah pun tersingkir. Macam-macam reaksi dapat dilihat sepanjang perlawanan peringkat kumpulan berlangsung, terutamanya dari pasukan-pasukan gergasi.

Walau macam mana pun, saya gembira sebab Real Madrid turut layak ke peringkat kalah mati selaku juara kumpulan, mengatasi AC Milan di tempat kedua. Harap-harap cabaran Real Madrid kali ni lebih jauh lagi dengan adanya pemain-pemain hebat seperti Cristiano Ronaldo, Kaka, Raul dan lain-lain.


Sukan Sea di Laos...

Selepas tewas di tangan Vietnam 3-1, Malaysia menumpaskan Kemboja 4-0 untuk memberi sedikit harapan untuk kem Malaysia. Tapi harapan tu ternyata kabur kerana perlu menewaskan jaguh ASEAN, Thailand petang ini. Macam misi mustahil gak la. Dengan reputasi hebat Thailand, ternyata sukar untuk kita layak ke peringkat seterusnya. Thailand tentu sekali tidak akan memberi peluang kepada kita kerana mereka juga akan bermain habis-habisan untuk layak ke peringkat seterusnya. Jadi, kita tunggu je la keputusannya malam nanti. Tapi, jangan la letak harapan tinggi sangat....


Persiapan Pasukan Kelantan untuk musim 2010...

Kelantan telah pun melengkapkan senarai 25 pemain untuk musim depan dengan mengikat pemain dari T-Team, Hairudin Omar. Hairudin yang menjadi antara pemusnah impian Kelantan di perlawanan akhir Piala Malaysia 2009 lalu telah memilih Kelantan dan beraksi dengan rakan-rakan lama seperti Indra Putra, Farhan dan Akmal. Hairudin adalah pemain terbaru dibawa masuk ke kem Kelantan selepas beberapa nama besar telah menyertai Kelantan seperti Syed Adney, Shahrul Idlan Talaha, Akmal Rizal, dan beberapa pemain lagi.

Dengan senarai pemain-pemain baru dan lama, para penyokong Kelantan nyata semakin bersemangat dan berharap Kelantan mampu mengucup piala musim 2010 nanti...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Hanya Tuhan Yang Tahu...

Hari ni takde cerita nak dikongsi lagi sebab duk sibuk sangat dengan keje & pemantauan akademik dari JPP. Cuma saya nak kongsikan lirik yang sentiasa saya dengar sekarang. Lagu Hanya Tuhan Yang Tahu nyanyian Kumpulan UNIC . Lagu ni dah lama sebenarnya, cuma sekarang saya suka dengar balik lagu ni. Mungkin lirik lagu ni agak bermakna dengan keadaan sekarang. so, sama-sama la kita layan ek...Hehehe... ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ UNIC - Hanya Tuhan Yang Tahu... Ku pendamkan perasaan ini Ku rahsiakan rasa hati ini Melindungkan kasih yang berputik Tersembunyi di dasar hati Ku pohonkan petunjuk Ilahi Hadirkanlah insan yang sejati Menemani kesepian ini Mendamaikan sekeping hati Oh Tuhanku Berikanlah ketenangan abadi Untukku menghadapi Resahnya hati ini mendambakan kasih Insan yang ku sayang C/o: Di hati ini Hanya Tuhan yang tahu Di hati ini Aku rindu padamu Tulus sanubari Menantikan hadirmu Hanyalah kau gadis pilihanku...