Langkau ke kandungan utama

Dugaan Untuk Hamba NYA...

Manusia hanya mampu merancang, tapi ALLAH yang menentukan segala-galanya. Jika kita ditimpa musibah, tentu itu satu dugaan untuk kita. Dugaan dari ALLAH untuk menguji kekuatan iman kita. Sesungguhnya ALLAH tidak akan memberi dugaan lebih dari kemampuan hambanya.

Itulah yang mampu saya perkatakan mengenai apa yang berlaku pada keluarga besar kami. Apa yang saya maksudkan adalah mengenai cerita bapa saudara saya yang berada di Senai, Johor. Kira-kira dua bulan lepas, dia mendapat serangan angin ahmar. Walaupun tak kuat, tapi cukup untuk melemahkan sebelah badannya. Dari tangan hingga kaki di sebelah kiri tidak dapat bergerak. Keluarga pakcik saya dah bawa dia berubat di sekitar Johor untuk cuba memulihkan anggota badannya yang tidak bergerak tu. Macam-macam cara dicubanya. Berurut, terapi, mahupun akupuntur, semua telah dicubanya. Akhirnya, dengan izin ALLAH, kakinya kembali bergerak walaupun tidak kuat. Dia sudah boleh berjalan, tetapi agak sukar kerana masih tidak kukuh langkahannya. Cuma tangannya masih terkulai tidak bergerak.

Dugaan yang diterima mereka mula jelas kelihatan semasa mereka hendak berubat di beberapa tempat. Sewaktu di Johor, mereka diberitahu oleh rakan-rakan bahawa ada tempat untuk mengurut yang boleh dikatakan terkenal dalam memulihkan masalah sebegini. Bila mereka nak mencuba, macam-macam halangan yang menimpa. Ada yang tukang urut tiba-tiba pindah rumah walaupun pada hari sebelumnya mereka dah berjanji untuk pergi ke sana. Ada juga yang tukang urut tu dah meninggal dunia 2 tahun lepas.

Tapi pakcik saya tak putus asa lagi. Dia ingin cuba berubat di luar negara. Jadi, dia ingin membuat semula pasportnya yang hilang. Tapi pihak Imigresen di Johor menyuruh pakcik saya buat pasport di Kelantan sebab maklumatnya ada di Kelantan.

Jadi, pakcik saya dan keluarganya datang ke Kelantan pada 11 Disember lalu. Dia ingin buat pasport sambil-sambil cuba berubat di sini pula. Keluarga saya ikhtiarkan mencari tempat yang bagus untuk mengubat pakcik saya. Rakan-rakan ayah saya mencadangkan untuk berurut di satu tempat, tapi rupa-rupanya tukang urut tu sedang bercuti di Sarawak. Seminggu lagi barulah dia balik ke Kota Bharu. Terpaksalah pakcik saya tunggu dulu. Sambil-sambil, kami ke pejabat Imigresen untuk membuat pasport.

Sambil menunggu tukang urut tadi balik dari Sarawak, kami ada bawak juga berubat ke tempat lain. Sekadar ingin mencuba. Bila tukang urut tadi balik, kami berubat dengan dia pula. Sempat jugalah berubat dua kali. Walaupun tangan pakcik saya masih tak dapat bergerak, tapi ada rasa perubahan sikit. Jadi, pakcik saya nak siapkan pasport dulu. Bila sampai surat dari Imigresen, kami pergi sekali lagi ke pejabat Imigresen untuk urusan selanjutnya. Bila pegawai Imigresen periksa dalam sistem, rupa-rupanya nama pakcik saya disenarai hitam dan tidak boleh keluar negara. Pakcik saya pun jadi pelik kerana dia sendiri tak tahu perkara itu. Malah, sewaktu di Imigresen Johor, mereka beritahu yang pakcik saya tak ada halangan untuk keluar negara. Jadi kami terpaksa ke Pejabat Insolvensi untuk mengetahui mengenai penyenaraian hitam itu. Bila di pejabat Insolvensi, mereka tidak dapat semak kerana rekod berada pada pejabat Insolvensi di Johor. Jadi pakcik saya kena periksa semula di Johor. Masa tu, bukan pakcik saya je, saya sendiri pun cukup kecewa. Yelah, Dari satu tempat ke satu tempat kami pergi, tapi masih tak boleh disiapkan. Namun, kami redha dengan semua yang berlaku. Mungkin ini dugaan untuk kami.

Dua hari lepas, pakcik saya dah selamat Sampai ke Senai, Johor. Saya dan keluarga menghantar keluarga pakcik saya sebab tiket bas dan keretapi sudah habis. Pakcik saya kena selesaikan dulu beberapa perkara yang tertunggak sementara dia di Kelantan. Mungkin dia akan cuba berubat di Johor semula.

Saya berdoa pakcik saya cepat sembut seperti sedia kala. Kuatkan semangat dan jangan putus asa. INSYAALLAH, dengan izin ALLAH, pakcik saya akan berjaya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Letihnya Stock Take...

Akhirnya, derita semingga hampir selesai. Selepas berpenat lelah berjuang, akhirnya, tugasan kami hampir selesai.Sesi pengiraan stok (Stock take) yang berlangsung pada 30 Mac lepas hampir sempurna. Bermula dari minggu lepas lagi sebenarnya saya dan MIS sibuk dengan persiapan untuk stock take ni. Lepas penerangan secara rasmi oleh Manager, maka bermulalah sesi persediaan yang perlu dibuat. Setiap bahagian mula buat persiapan masing-masing. Tidak lupa juga dengan saya. Saya kena bagi taklimat kepada staff yang akan terlibat sebagai helper & scanner pada hari stock take nanti. Taklimat diadakan pada 23, 34 & 27 Mac lalu. Setiap hari ada 2 sesi. Saya la yang terpaksa 'mengajar' staff lain. Sepatutnya 27 tu hari offday saya. Tapi terpaksa la keje gak. Sesi taklimat ringkas kepada staff Selepas selesai semua taklimat, saya sibuk pula menyiapkan mesin untuk digunakans ebagai scannaer pada hari stock take tersebut. Kami diminta menyiapkan 25 buah mesin untuk digunakan. Pad