Langkau ke kandungan utama

Bangkitlah Pahlawan Merah...

Entah di mana silapnya. Dari empat perlawanan, Kelantan hanya mampu menang sekali, dua kali seri dan sekali kalah. Paling menyakitkan, kalah dengan cara yang cukup memalukan.

Rasanya semua dah tau perihal kekalahan Kelantan kepada Kedah malam Selasa lalu. Bagi saya, kekalahan seperti itu tidak sepatutnya berlaku kepada pasukan yang gah dengan 'bintang'. Malah, cara kekalahan itu juga secara tidak langsung telah membangkitkan kekecewaan dan kemarahan para penyokong.

Bagi saya, ada sesuatu yang perlu dilakukan pihak pengurusan dan kejurulatihan Kelantan. Jika tidak, misi pasukan untuk mengejar piala musim ini pasti akan terkubur lagi. Walaupun musim masih panjang, namun moral dan sokongan penyokong perlu diambil kira.

Mungkin sedar dengan gelora kemarahan dan kecaman dari penyokong, pihak pengurusan dan kejurulatihan pasukan nampaknya mula mengambil langkah yang perlu. Barisan kesebelasan pemain akan dirombak. Malah, apa yang lebih drastik adalah memanggil semula penjaga gol veteren Kelantan, Halim Napi untuk mengisi slot penjaga gol pasukan. Mungkin dengan pengalaman Halim, kesilapan melepaskan gol dengan cara 'bodoh' seperti dilakukan Syed Adney tidak akan berulang.

Apa pun, bagi penyokong pasukan Kelantan, kami hanya mahu pasukan menampilkan persembahan terbaik, sekaligus mampu mencabar sebarang kejuaraan yang ada untuk musim 2010 ini. Dengan perbelanjaan besar dan pengambilan pemain-pemain 'bintang' untuk pasukan, tentu sekali penyokong mengharapkan sesuatu yang berharga musim ni.

Bangkitlah Pahlawan Merah bagi mencuci aib yang terpalit...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Hanya Tuhan Yang Tahu...

Hari ni takde cerita nak dikongsi lagi sebab duk sibuk sangat dengan keje & pemantauan akademik dari JPP. Cuma saya nak kongsikan lirik yang sentiasa saya dengar sekarang. Lagu Hanya Tuhan Yang Tahu nyanyian Kumpulan UNIC . Lagu ni dah lama sebenarnya, cuma sekarang saya suka dengar balik lagu ni. Mungkin lirik lagu ni agak bermakna dengan keadaan sekarang. so, sama-sama la kita layan ek...Hehehe... ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ UNIC - Hanya Tuhan Yang Tahu... Ku pendamkan perasaan ini Ku rahsiakan rasa hati ini Melindungkan kasih yang berputik Tersembunyi di dasar hati Ku pohonkan petunjuk Ilahi Hadirkanlah insan yang sejati Menemani kesepian ini Mendamaikan sekeping hati Oh Tuhanku Berikanlah ketenangan abadi Untukku menghadapi Resahnya hati ini mendambakan kasih Insan yang ku sayang C/o: Di hati ini Hanya Tuhan yang tahu Di hati ini Aku rindu padamu Tulus sanubari Menantikan hadirmu Hanyalah kau gadis pilihanku...