Langkau ke kandungan utama

Aizat Juara AJL 24...


Segalanya sudah terjawab semalam apabila lagu Pergi dari Aizat dinobat sebagai Juara bagi Anugerah Juara Lagu Ke-24.

Menampilkan barisan peserta yang mantap, tentu sekali persaingan yang diberikan bagi setiap lagu cukup hebat. Malah, boleh dikatakan semua lagu merupakan lagu yang sentiasa mendapat tempat di hati peminat. Namun, hasil dari penilaian juri, maka ternobatlah Lagu ciptaan Pete Teoh sebagai juara.

Lagu Dan Sebenarnya dari Yuna mendapat tempat kedua, manakala Faizal Tahir mendapat tempat ketiga dengan lagu Bencinta. Bagi kategori Vokal terbaik, Black adalah pemenang dan bagi Persembahan terbaik, Aizat nyata sekali mengungguli kategori ini melalui lagu Kau Aku.

Bagi yang tak berjaya, tahniah juga kerana telah menampilkan persembahan yang hebat. Pujian juga kerana berjaya mara hingga ke akhir. Yang pasti, teruskan menghasilkan lagu-lagu yang berkualiti untuk industri muzik negara.

Jadi, apa kata kali ni kita layan lirik lagu Pergi, Juara AJL 24...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aizat - Pergi

Sayu terpisah
Hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
Berhembus angin rindu
Begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu

Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi kudengari
Kau pergi.. Pergi..

Sepi tanpa kata
Terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
Apa pun kata mereka
Biarkan kenangan berbunga di ranting usia

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

'Cinta tak kesampaian...'

Hehe....suka sangat tengok gambar ni...kreatif gak orang yang buat kek ni...tapi rasanya tak leh guna untuk majlis kahwin...nanti jadi betul plak...hehehehe

p/s : Credit kepada Asscrewz.com

Sebulan Dari Sekarang...

Hari ni, saya dah hantar surat letak jawatan saya kepada pihak pengurusan. Saya menghantar notis sebulan untuk letak jawatan bagi membolehkan saya membuat persiapan sebelum ditempatkan di tempat kerja baru, sambil memberi peluang pihak pengurusan mencari pengganti.

Secara jujur, berat juga hati nak hantar surat tadi. Sebab dah hampir 10 bulan saya kerja di sini. Tapi demi masa depan, saya kena teruskan. Surat tu saya letak je di atas meja Eksekutif Admin sebab dia cuti sakit hari ni. Tapi saya ada juga email kepada Manager, HR, dan juga pihak HQ. Sebelum balik, Mr Chua dari HR ada menyerahkan borang untuk saya isi sebelum saya melepaskan jawatan saya. InsyaALLAH, esok saya akan hantar balik borang tu untuk pihak pengurusan buat penilaian.

Dengan penyerahan surat ini, maka saya sudah mulakan langkah saya untuk ke alam baru. Sekarang, cuma tunggu surat rasmi je lagi mengenai penempatan saya nanti. Dari sekarang, boleh la saya mula buat persiapan. Saya harap semuanya akan dipermudahkan …