Langkau ke kandungan utama

Selangor Pertahan Piala Sumbangsih...

Sabtu lalu, bermula la musim Liga Malaysia 2010. Perlawanan untuk Liga Super seperti biasa dimulakan dengan perlawanan sumbangsih di antara Selangor, Juara Piala FA 2009 menentang Negeri Sembilan, Juara Piala Malaysia 2009.

Perlawanan yang berlangsung di Negeri Sembilan itu dimenangi oleh Selangor yang menumpaskan tuan rumah 2-1. Walaupun pada separuh masa pertama Negeri Sembilan mendahului 1-0, namun Selangor berjaya menyamakan kedudukan dan seterusnya memenangi perlawanan dengan gol dari Safee Sali dan Surendran. Boleh dikatakan perlawanan itu cukup menghiburkan denagn serangan dari kedua-dua pasukan.

Selain perlawanan sumbangsih, ada beberapa lagi perlawanan Liga Super yang lain. Antara yang menjadi perhatian saya tentu sekali perlawanan Kelantan menentang Terengganu. Perlawanan yang berkesudahan seri tanpa jaringan itu dikatakan turut menampilkan aksi menarik dari kedua-dua pasukan. Namun, kehebatan penjaga gol Terengganu menidakkan peluang Kelantan untuk mengutip mata penuh.

Apa pun, diharapkan Kelantan mampu memenangi perlawanan selepas ini dalam misi memburu kejuaraan untuk musim 2010 ni.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

I'm Back...

Ya ALLAH...Lamanya tak update blog ni. Dah bersawang dah ni...hehehe.. Setahun lebih dah blog ni kosong. Mood nak menulis tu macam dah hilang lepas kes laptop hilang tu..Huhu...sedih ni.. InsyaAllah..Saya cuba untuk update balik siki-sikit. Doakan supaya mood tu datang balik...Hehehe...