Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2010

Salam Kemerdekaan Ke 53...

"....tanggal 31...bulan lapan..lima puluh tujuh... ...merdeka..merdeka...tetaplah merdeka... ...biar pasti menjadi sejarah..." Dengan tema '1 Malaysia Menjana Transformasi' , kita menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia Ke 53 hari ini. Dengan sambutan yang sederhana sepanjang bulan Ramadhan, rasanya sesuai sekali untuk kita kembali bermuhasabah diri dalam memikirkan arah tuju negara kita selepas 53 tahun merdeka. Janganlah kita hanya merdeka dari luaran sahaja, tetapi hakikatnya minda dan tingkah laku kita seumpama masyarakat yang masih terjajah. Biarlah kita merdeka dalam erti kata yang sebenar. Merdeka...!

Pengalaman Di Tahun Ke 26...

Sedih...Penat...Tu je mampu saya cakap... Rasanya ni la kali pertama dalam hidup saya yang saya bekerja dari pagi sampai malam pada hari ulang tahun kelahiran saya. Kalau kerja biasa-biasa takpe lah. Tapi ni kerja dengan kesibukan tahap tertinggi. Memang nak rehat pun tak sempat. Dalam bulan puasa ni, memang letih kalau asyik kehulu kehilir je buat kerja. Kena angkat barang berat pulak tu...Huhuhu... Yang sedihnya pulak, tak sempat pun nak pikir yang semalam hari jadi saya. Duk pikir pasal kerja je. Sedar-sedar, dah malam. Tak sempat pun nak guna panggilan percuma Maxis sempena hari jadi saya. Rugi je,kan... Tak pela...Yang penting, saya sedar yang saya dah tua setahun lagi...Huhuhu...Terima kasih pada kawan-kawan yang memberikan ucapan selamat untuk saya. Terima kasih juga sebab masih ingat hari ulangtahun kelahiran saya. Pada yang buat ucapan di Facebook, terima kasih juga. Maaf sebab tak sempat nak balas ucapan anda semua sebab saya belum berkesempatan untuk ke CC. Nanti saya balas

Salam Nuzul Al-Quran..

Esok dah 17 Ramadhan. Bermakna esok kita akan menyambut salah satu hari yang bersejarah dalam sejarah umat Islam iaitu Nuzul Al-Quran. Hari untuk semua umat Islam memperingati detik penting dalam sejarah Islam, iaitu peristiwa turunnya ayat Al-Quran pertama kepada Nabi Muhammad S.A.W. di Gua Hira'. Ketika itu, Rasulullah S.A.W. sedang beribadat di Gua Hira' seorang diri. Malaikat Jibril telah menyampaikan ayat pertama itu kepada Rasulullah S.A.W. Dari segi nilai sejarahnya, tentu sekali Nuzul Al-Quran dianggap sebagai penting kerana ianya merupakan detik pertama ayat suci Al-Quran turun untuk menjadi panduan umat Islam. Malah, Al-Quran juga mukjizat bagi Nabi Muhammad S.A.W. Secara peribadi, saya cukup bertuah kerana esok juga adalah hari ulangtahun kelahiran saya. Jarang sekali ulangtahun kelahiran saya jatuh pada hari istimewa macam ni. Memang rasa seronok, bangga dan insaf. Semoga segala yang saya lakukan akan diberkati... INSYAALLAH...

Raya Kedua Di Mana...?

Kejap je masa berlalu. Rasa macam baru je lagi kita berpuasa. Tapi rupa-rupanya dah sampai di pertengahan. Hari ni adalah hari ke 15 kita berpuasa. Apa yang saya nak kongsikan hari ni adalah mengenai jadual bertugas pada raya nanti. Saya kena bekerja pada raya kedua nanti. Sedih pulak rasanya. Saya tak pernah bekerja pun pada raya kedua. Ni la kali pertama. Syahdu gak rasanya...Huhu.. Tapi takpelah. Pengalaman kerja la katakan. Lagi pun, saya dapat la cuti pada raya ketiga dan keempat nanti. Jadi, pada kawan-kawan yang nak datang beraya, jangan datang raya kedua. Saya tak ada kat rumah ye....

Seminggu Berpuasa...

Dah seminggu rupanya kita berpuasa. Hari ni dah masuk hari ke-8. Cepat je rasanya. Rasa macam baru je lagi kita mula berpuasa. Sepanjang seminggu ni, saya tak ada masalah dalam berpuasa. Yela, bukan kali pertama berpuasa,kan. Dari kecil lagi saya suka berpuasa. Setiap kali masuk bulan Ramadhan, saya memang seronok. Memang saya akan berpuasa penuh. Kali ni pun, INSYAALLAH, kalau tak ada sakit atau masalah, saya akan berpuasa penuh. Baru la rasa nikmat bila beraya nanti....Hehehe... Pasal kerja, memang tak ada masalah sangat. Cuma sibuk je bila ada promosi. Suasana berpuasa di tempat kerja pun ok je. Tak ada beza sangat la. Yang penting, semuanya berjalan dengan lancar. Tak sabar nak raya nanti...Hehehe...

Selamat Datang Ramadhan...

Harapan Ramadhan Ku mengharapkan Ramadhan Kali ini penuh makna Agar dapat kulalui Dengan sempurna Selangkah demi selangkah Setahun sudah pun berlalu Masa yang pantas berlalu Hingga tak terasa ku berada Di bulan Ramadhan semula Puasa satu amalan Sebagaimana yang diperintahNya Moga dapat ku lenturkan Nafsu yang selalu membelenggu diri Tiada henti-henti Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja Tuhan pimpinlah daku yang lemah Mengharungi segalanya dengan sabar Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan Ku merayu pada Tuhan diterima amalan Selangkah demi selangkah… Dengan rahmatMu oh Tuhanku… Ku tempuh jua (Nyanyian Raihan & Man Bai) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Esok kita dah nak masuk bulan Ramadhan. Bermulalah ibadah puasa kita selama sebulan. Sekali lagi kita akan menguji keimanan kita dalam melaksanakan ibadah ketiga dalam Rukun Islam. Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan dan Selamat Berpuasa kepada semua sahabat

Ya ALLAH, Permudahkanlah Ramadhan Kami...

Tentu ada hikmah di atas apa yang berlaku, kerana ianya telah ditentukan dan berlaku atas kehendak NYA... Rasanya sambutan awal Ramadhan kali ni paling menginsafkan kami. Dengan dugaan yang mendatang, nyata sekali ianya menguji kesabaran kami. Sejak beberapa minggu lalu, keluarga saya masih tidak dapat berniaga kerana kesihatan mak saya yang tidak mengizinkan. Sekarang pun mak saya masih lagi lemah dan tidak mampu untuk membuat kerja-kerja berat. Malah, dia hanya mampu berehat dan membiarkan ayah saya menyelesaikan tugasan di rumah. Makan minum kami pula bergantung kepada wang yang dikirim oleh adik saya dan gaji abang saya. Saya pula masih belum mendapat gaji pertama saya sepanjang bekerja di sini kerana masalah teknikal. Jadi, segalanya serba kekurangan bagi kami. Pagi tadi, sekali lagi kami dikejutkan dengan berita yang agak menyedihkan. Ketika ini adik saya berada di Melaka kerana dia mengambil ruang niaga sempena majlis konvokesyen universiti di Melaka. Dalam keadaan hujan yang le

Seminggu Lagi...

Hari ni dah masuk 5 Ogos. Ini bermakna kita ada lebih kurang seminggu lagi untuk menyambut kehadiran bulan paling mendapat keberkatan, Ramadhan. Minggu depan, kita sudah mula berpuasa. Kalau tahun lepas, saya berpuasa di Terengganu lagi, tahun ni saya sudah berpuasa di Kota Bharu. Dulu bekerja mengikut waktu pejabat, tahun ni bekerja ikut jadual kerja ditetapkan. Jadi, kali ni merupakan pengalaman baru bagi saya. Masa lepas SPM dulu saya pernah kerja pada bulan puasa, Jadi, kali ni saya kan sekali lagi merasainya, cuma suasannya berbeza. Apa pun, saya sebenarnya nak bagi tau. Selain teruja untuk kembali berpuasa, saya juga tak sabar nak raya. Hehehe...