Langkau ke kandungan utama

Pengalaman Di Tahun Ke 26...

Sedih...Penat...Tu je mampu saya cakap...

Rasanya ni la kali pertama dalam hidup saya yang saya bekerja dari pagi sampai malam pada hari ulang tahun kelahiran saya. Kalau kerja biasa-biasa takpe lah. Tapi ni kerja dengan kesibukan tahap tertinggi. Memang nak rehat pun tak sempat. Dalam bulan puasa ni, memang letih kalau asyik kehulu kehilir je buat kerja. Kena angkat barang berat pulak tu...Huhuhu...

Yang sedihnya pulak, tak sempat pun nak pikir yang semalam hari jadi saya. Duk pikir pasal kerja je. Sedar-sedar, dah malam. Tak sempat pun nak guna panggilan percuma Maxis sempena hari jadi saya. Rugi je,kan...

Tak pela...Yang penting, saya sedar yang saya dah tua setahun lagi...Huhuhu...Terima kasih pada kawan-kawan yang memberikan ucapan selamat untuk saya. Terima kasih juga sebab masih ingat hari ulangtahun kelahiran saya. Pada yang buat ucapan di Facebook, terima kasih juga. Maaf sebab tak sempat nak balas ucapan anda semua sebab saya belum berkesempatan untuk ke CC. Nanti saya balas ucapan anda semua ye...Hehehe..

Bila dah masuk umur 26 ni, makin ramai la yang bagi soalan cepu emas."..bila nak kawin...?". Hehehe...Jenuh saya nak menjawabnya. Dan macam biasa, terpaksa la saya bagi jawapan ala-ala artis Malaysia. "...No Komen...Belum ada jodoh...Masih mencari...". Hehehe...

Sekarang, saya hanya berharap nak kukuhkan diri saya dulu. Kerja dan keluarga saya yang saya utamakan. Yang lain, belum ada dalam perancangan saya. Kalau dah jodoh, saya tak menolak. Cuma, biarlah bila saya dah betul-betul stabil. Lagi pun, calon tak ada lagi. Macam mana nak kawin, kan...Hehehe...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Sebulan Dari Sekarang...

Hari ni, saya dah hantar surat letak jawatan saya kepada pihak pengurusan. Saya menghantar notis sebulan untuk letak jawatan bagi membolehkan saya membuat persiapan sebelum ditempatkan di tempat kerja baru, sambil memberi peluang pihak pengurusan mencari pengganti. Secara jujur, berat juga hati nak hantar surat tadi. Sebab dah hampir 10 bulan saya kerja di sini. Tapi demi masa depan, saya kena teruskan. Surat tu saya letak je di atas meja Eksekutif Admin sebab dia cuti sakit hari ni. Tapi saya ada juga email kepada Manager, HR, dan juga pihak HQ. Sebelum balik, Mr Chua dari HR ada menyerahkan borang untuk saya isi sebelum saya melepaskan jawatan saya. InsyaALLAH, esok saya akan hantar balik borang tu untuk pihak pengurusan buat penilaian. Dengan penyerahan surat ini, maka saya sudah mulakan langkah saya untuk ke alam baru. Sekarang, cuma tunggu surat rasmi je lagi mengenai penempatan saya nanti. Dari sekarang, boleh la saya mula buat persiapan. Saya harap semuanya akan dipermudah...