Langkau ke kandungan utama

Raya Kedua Di Mana...?

Kejap je masa berlalu. Rasa macam baru je lagi kita berpuasa. Tapi rupa-rupanya dah sampai di pertengahan. Hari ni adalah hari ke 15 kita berpuasa.

Apa yang saya nak kongsikan hari ni adalah mengenai jadual bertugas pada raya nanti. Saya kena bekerja pada raya kedua nanti. Sedih pulak rasanya. Saya tak pernah bekerja pun pada raya kedua. Ni la kali pertama. Syahdu gak rasanya...Huhu..

Tapi takpelah. Pengalaman kerja la katakan. Lagi pun, saya dapat la cuti pada raya ketiga dan keempat nanti. Jadi, pada kawan-kawan yang nak datang beraya, jangan datang raya kedua. Saya tak ada kat rumah ye....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

I'm Back...

Ya ALLAH...Lamanya tak update blog ni. Dah bersawang dah ni...hehehe.. Setahun lebih dah blog ni kosong. Mood nak menulis tu macam dah hilang lepas kes laptop hilang tu..Huhu...sedih ni.. InsyaAllah..Saya cuba untuk update balik siki-sikit. Doakan supaya mood tu datang balik...Hehehe...