Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2010

Kelantan Juara Piala Malaysia 2010...

Akhirnya, sejarah baru tercipta apabila Kelantan akhirnya bergelar Juara Piala Malaysia 2010. Setelah penantian berpuluh tahun, akhirnya Piala Malaysia berjaya dibawa ke Kota Bharu. Berkat perancangan pegawai, kesungguhan pemain dan sorakan puluhan ribu penyokong The Red Warriors, impian yang selama ini dianggap mustahil oleh sesetengah pihak berjaya direalisasikan. Malah, lebih manis, kemenangan ini dihadiahkan untuk Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V yang baru ditabalkan. ternyata ini adalah hadiah paling bermakna untuk Tuanku dari rakyat Kelantan Pada mulanya, memang para penyokong agak tertekan pada separuh masa pertama bila Negeri Sembilan mendahului menerusi sepakan penalti. Ditambah pula Negeri Sembilan bermain agak negetif selepas mendahului. Namun, Kelantan bangkit pada babak kedua dan berjaya menjaringkan 2 gol menerusi Hairudin Omar dan Piya. Sekaligus, menoktahkan perjuangan Kelantan dengan kemenangan yang cukup bergaya. Apa pun, tahniah kepada Neger

Menghitung Detik Sepak Mula...

Malam esok, perlawanan yang dinantikan bakal berlangsung. Pertembungan Kelantan dan Negeri Sembilan pasti dinanti. Pasti semua pihak, terutamanya pemain, pengurusan dan penyokong kedua-dua pasukan berdebar menantikan detik sepak mula yang dijadualkan jam 8.45 malam. Apa pun percaturannya, kami para penyokong mengharapkan aksi terbaik dari kedua-dua pasukan. Malah, sebagai anak Kelantan, doa dan sokongan kami teguh di belakang skuad The Red Warriors. Semoga tahun ini bakal menamatkan badi 40 tahun dan sekaligus mencipta sejarah baru dalam bola sepak Kelantan. Mungkin juga ianya akan menjadi hadiah terbaik bagi meraikan Sultan Muhammad Ke-V, Sultan Kelantan yang baru ditabalkan sebulan yang lalu. Saya akan bertolak malam ini. Doakanlah saya selamat dalam perjalanan pergi dan pulang nanti. InsyaALLAH....

Suntikan Semangat, Sathianathan Bebas Sementara...

Ketua Jurulatih Kelantan, B. Sathianathan Akhirnya, FAM menangguhkan hukuman gantung kepada Ketua Jurulatih Kelantan, B. Sathianathan serta merta dan sekaligus membolehkan B. Sathianathan berada bersama pemain di tepi padang pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil nanti. Keputusan yang diputuskan oleh Jawatankuasa Rayuan FAM telah diumumkan oleh Setiausaha Agung FAM semalam. Keputusan ini bukan sahaja melegakan pihak pengurusan dan pemain, malah disambutkan dengan sorakan gembira dari seluruh penyokong pasukan Kelantan. Ini membolehkan pasukan Kelantan beraksi dengan lebih bersemangat Sabtu nanti bagi memcipta sejarah membawa pulang Piala Malaysia 2010 ke bumi Kelantan. Tahniah juga diucapkan kepada pelbagai pihak yang bersama-sama dalam memastikan FAM menimbangkan semula keputusan mereka ini. Antara yang lantang bersuara adalah Kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan. Ternyata usaha mereka berhasil kali ini. Jadi, apa lagi perlu dibimbangkan..? Marilah kita sama-sama memeria

Ulangan 2009...

Suasana perlawanan Kelantan menentang Kedah Akhirnya, Kelantan dan Negeri Sembilan bakal berentap sekali lagi di pentas akhir Piala Malaysia seperti mana tahun lalu. Kelantan mengatasi Kedah dalam saingan separuh akhir semalam dengan keputusan 1-0. Saya sendiri menonton perlawanan di stadium. Memang penuh sesak stadium sampaikan saya kena berdiri sepanjang perlawanan. Tapi berbaloi la kerana Kelantan mara ke perlawanan akhir untuk tahun kedua berturut-turut. Malah, Kelantan berpeluang membalas dendam atas kekalahan tahun lalu di tangan lawan yang sama, Negeri Sembilan. Sepanjang 90 minit perlawanan semalam, memang berdebar juga la. Lebih-lebih lagi apabila beberapa cubaan Kelantan dapat dipatahkan oleh pertahanan Kedah. Namun, sepakan sudut cantik oleh Norshahrul Idlan Talaha berjaya membawa Kelantan ke perlawanan paling penting. Namun, sebagai penyokong Kelantan, saya cukup tidak berpuas hati dengan keputusan FAM untuk menggantung jurulatih B. Sathianathan selama 6 bulan. Malah, perg

Siapa Layak...?

Kelantan (Ihsan Kelate.Net) Pasukan manakah yang akan melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2010. Mampukah Negeri Sembilan mengejar perbezaan 1 gol yang dimiliki Johor FC untuk cuba mempertahankan mahkota yang dimenangi tahun lepas...? Dan mampukah Kedah menyingkirkan Kelantan seperti dilakukan dalam saingan Piala FA yang lalu...? Sebagai penyokong Kelantan, saya yakin bahawa Kelantan bakal mara ke perlawanan akhir dan berentap untuk merebut Piala Malaysia 2010. Berbekalkan semangat pemain yang tinggi dan sokongan puluhan ribu penyokong yang bakal membanjiri stadium keramat Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, tidak mustahil Kedah bakal menjadi mangsa sepertimana tumbangnya Selangor. Siapa pun yang menanti di akhir tidak perlu dirisaukan. Kelantan akan tetap berjuang bermati-matian demi mencapai impian menjulang Piala Malaysia 2010. Negeri Sembilan atau Johor FC, bukan menjadi persoalan. Diharapkan para pemain Kelantan yang bakal beraksi malam esok mampu memberi persembahan terba

Hala Tuju...

Sama je dengan cerita saya sebelum ni. Saya memang sibuk sekarang. Sampaikan saya sendiri dah pening. Banyak sangat keje dan masalah yang nak diselesaikan. Sampaikan tak ada masa nak kemaskini blog saya ni. Dalam tempoh saya 'hilang dalam kesibukan' ni, banyak benda berlaku di sekeliling kita. Nak kongsi balik pun, rasanya semua dah tau, kan... Cuma saya nak ambil kesempatan untuk mengucapkan salam takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan ngeri pada 10 Oktober 2010 lalu. Salam takziah juga kepada keluarga penyokong bola sepak Kelantan yang meninggal semalam selepas tamat perlawanan Suku Akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam. Hala tuju...? Ke mana hala tuju saya untuk masa depan saya...? Persoalan ni saya ajukan kepada diri saya sendiri. Bukan apa, umur dah meningkat. Tapi hala tuju masih samar lagi. Takkan nak macam ni je sampai tua..? Keje pun teruk je rasanya. Nak kumpul duit pulak. Nak cari calon pulak...(sempat lagi pikir nak kahwin...Hehehe...)...

Kesibukan Yang Melanda...

Wah...Lamanya tak kemaskini blog saya ni. Sibuk sampai tak sempat. Kesian blog saya,kan..Hehehe... Sebenarnya dalam tempoh 2 minggu ni saya memang sibuk sangat. Banyak benda nak kena buat sebab tempat keje saya ada buat kiraan stok tahunan. Jadi, banyak benda nak disiapkan sebelum hari kiraan stok tu. Hari Khamis baru ni selesai la sesi kiraan stok. Jadi, tahap kesibukan saya dah berkurang la sikit. Cuma ada lagi keje sikit-sikit yang nak kena selesaikan. Sepanjang tempoh 2 minggu ni, memang saya penat sangat. Dah la kerja dari pagi sampai malam. Cuti pun tak dapat sebab banyak sangat keje. Bila dah selesai kiraan stok, baru la hari ni saya dapat cuti. Memang nak rehat cukup-cukup hari ni sebab ni saya akan kembali sibuk. Sibuk nak kemaskan pejabat saya sebab ada berita sampai pada saya yang ada kakitangan dari ibu pejabat nak buat lawatan mengejut. Gelabah gak la saya dengar berita ni. Apa pun, saya kena hargai hari rehat saya ni. Memang saya nak duk kat umah je ari ni. Kalau nak kelu