Akhirnya, FAM menangguhkan hukuman gantung kepada Ketua Jurulatih Kelantan, B. Sathianathan serta merta dan sekaligus membolehkan B. Sathianathan berada bersama pemain di tepi padang pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil nanti.
Keputusan yang diputuskan oleh Jawatankuasa Rayuan FAM telah diumumkan oleh Setiausaha Agung FAM semalam. Keputusan ini bukan sahaja melegakan pihak pengurusan dan pemain, malah disambutkan dengan sorakan gembira dari seluruh penyokong pasukan Kelantan. Ini membolehkan pasukan Kelantan beraksi dengan lebih bersemangat Sabtu nanti bagi memcipta sejarah membawa pulang Piala Malaysia 2010 ke bumi Kelantan.
Tahniah juga diucapkan kepada pelbagai pihak yang bersama-sama dalam memastikan FAM menimbangkan semula keputusan mereka ini. Antara yang lantang bersuara adalah Kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan. Ternyata usaha mereka berhasil kali ini.
Jadi, apa lagi perlu dibimbangkan..? Marilah kita sama-sama memeriahkan Stadium Nasional Bukit Jalil bagi pada Sabtu nanti. Walaupun harga tiket naik, saya percaya itu tak menjadi halangan kepada peminat untuk memenuhkan Stadium Nasional Bukit Jalil. Ayuh kita sama-sama laungkan sorakan '...Gomo Kelate Gomo...."
Ulasan