Langkau ke kandungan utama

Ulangan 2009...

Suasana perlawanan Kelantan menentang Kedah

Akhirnya, Kelantan dan Negeri Sembilan bakal berentap sekali lagi di pentas akhir Piala Malaysia seperti mana tahun lalu.

Kelantan mengatasi Kedah dalam saingan separuh akhir semalam dengan keputusan 1-0. Saya sendiri menonton perlawanan di stadium. Memang penuh sesak stadium sampaikan saya kena berdiri sepanjang perlawanan. Tapi berbaloi la kerana Kelantan mara ke perlawanan akhir untuk tahun kedua berturut-turut. Malah, Kelantan berpeluang membalas dendam atas kekalahan tahun lalu di tangan lawan yang sama, Negeri Sembilan.

Sepanjang 90 minit perlawanan semalam, memang berdebar juga la. Lebih-lebih lagi apabila beberapa cubaan Kelantan dapat dipatahkan oleh pertahanan Kedah. Namun, sepakan sudut cantik oleh Norshahrul Idlan Talaha berjaya membawa Kelantan ke perlawanan paling penting.

Namun, sebagai penyokong Kelantan, saya cukup tidak berpuas hati dengan keputusan FAM untuk menggantung jurulatih B. Sathianathan selama 6 bulan. Malah, pergantungan ini timbul hanya ketika Kelantan melalui detik-detik penting sebegini. Seharusnya FAM bersikap lebih rasional dalam membuat keputusan. Ini seakan-akan menghukum pasukan dan penyokong Kelantan, dan bukannya semata-mata menghukum B. Sathianathan.

Kepada penyokong pasukan Kelantan, marilah kita sama-sama bersorak untuk pasukan kesayangan kita di perlawanan akhir nanti. Saya mungkin akan turut serta untuk memberi sokongan sewaktu perlawanan akhir nanti. Yang penting.....

...Gomo Kelate Gomo...



Sorakan penyokong Kelantan.

Ulasan

are.chix berkata…
go more go more kelate... :)
s b 1 8 9 1 1 9 berkata…
hehe...gomo kelate gomo...

Catatan popular daripada blog ini

'Cinta tak kesampaian...'

Hehe....suka sangat tengok gambar ni...kreatif gak orang yang buat kek ni...tapi rasanya tak leh guna untuk majlis kahwin...nanti jadi betul plak...hehehehe

p/s : Credit kepada Asscrewz.com

Sebulan Dari Sekarang...

Hari ni, saya dah hantar surat letak jawatan saya kepada pihak pengurusan. Saya menghantar notis sebulan untuk letak jawatan bagi membolehkan saya membuat persiapan sebelum ditempatkan di tempat kerja baru, sambil memberi peluang pihak pengurusan mencari pengganti.

Secara jujur, berat juga hati nak hantar surat tadi. Sebab dah hampir 10 bulan saya kerja di sini. Tapi demi masa depan, saya kena teruskan. Surat tu saya letak je di atas meja Eksekutif Admin sebab dia cuti sakit hari ni. Tapi saya ada juga email kepada Manager, HR, dan juga pihak HQ. Sebelum balik, Mr Chua dari HR ada menyerahkan borang untuk saya isi sebelum saya melepaskan jawatan saya. InsyaALLAH, esok saya akan hantar balik borang tu untuk pihak pengurusan buat penilaian.

Dengan penyerahan surat ini, maka saya sudah mulakan langkah saya untuk ke alam baru. Sekarang, cuma tunggu surat rasmi je lagi mengenai penempatan saya nanti. Dari sekarang, boleh la saya mula buat persiapan. Saya harap semuanya akan dipermudahkan …