Langkau ke kandungan utama

Kelantan Juara Piala Malaysia 2010...


Akhirnya, sejarah baru tercipta apabila Kelantan akhirnya bergelar Juara Piala Malaysia 2010.

Setelah penantian berpuluh tahun, akhirnya Piala Malaysia berjaya dibawa ke Kota Bharu. Berkat perancangan pegawai, kesungguhan pemain dan sorakan puluhan ribu penyokong The Red Warriors, impian yang selama ini dianggap mustahil oleh sesetengah pihak berjaya direalisasikan. Malah, lebih manis, kemenangan ini dihadiahkan untuk Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V yang baru ditabalkan. ternyata ini adalah hadiah paling bermakna untuk Tuanku dari rakyat Kelantan

Pada mulanya, memang para penyokong agak tertekan pada separuh masa pertama bila Negeri Sembilan mendahului menerusi sepakan penalti. Ditambah pula Negeri Sembilan bermain agak negetif selepas mendahului. Namun, Kelantan bangkit pada babak kedua dan berjaya menjaringkan 2 gol menerusi Hairudin Omar dan Piya. Sekaligus, menoktahkan perjuangan Kelantan dengan kemenangan yang cukup bergaya.

Apa pun, tahniah kepada Negeri Sembilan kerana memberi cabaran sepanjang perlawanan. Kepada penyokong Negeri Sembilan, tak perlu bersedih kerana anda juga layak bergembira dengan prestasi pasukan anda.

Dengan berakhirnya perlawanan semalam, maka tamatlah musim bola sepak Malaysia untuk tahun 2010. Diharapkan pihak pengurusan mampu membuat perancangan teliti untuk menghadapi saingan musim 2011 nanti. Bukan sahaja untuk mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia, malah untuk merampas kejuaraan Liga Super dan Piala FA bagi melengkapkan koleksi kejuaraan The Red Warriors. Sorakan 'Gomo Kelate Gomo' dari para peminat akan sentiasa mengiringi perjuangan anda semua....

Gomo Kelate Gomo...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

'Cinta tak kesampaian...'

Hehe....suka sangat tengok gambar ni...kreatif gak orang yang buat kek ni...tapi rasanya tak leh guna untuk majlis kahwin...nanti jadi betul plak...hehehehe

p/s : Credit kepada Asscrewz.com

Sebulan Dari Sekarang...

Hari ni, saya dah hantar surat letak jawatan saya kepada pihak pengurusan. Saya menghantar notis sebulan untuk letak jawatan bagi membolehkan saya membuat persiapan sebelum ditempatkan di tempat kerja baru, sambil memberi peluang pihak pengurusan mencari pengganti.

Secara jujur, berat juga hati nak hantar surat tadi. Sebab dah hampir 10 bulan saya kerja di sini. Tapi demi masa depan, saya kena teruskan. Surat tu saya letak je di atas meja Eksekutif Admin sebab dia cuti sakit hari ni. Tapi saya ada juga email kepada Manager, HR, dan juga pihak HQ. Sebelum balik, Mr Chua dari HR ada menyerahkan borang untuk saya isi sebelum saya melepaskan jawatan saya. InsyaALLAH, esok saya akan hantar balik borang tu untuk pihak pengurusan buat penilaian.

Dengan penyerahan surat ini, maka saya sudah mulakan langkah saya untuk ke alam baru. Sekarang, cuma tunggu surat rasmi je lagi mengenai penempatan saya nanti. Dari sekarang, boleh la saya mula buat persiapan. Saya harap semuanya akan dipermudahkan …