Safiq Rahim meraikan gol pertama bersama para pemain lain. Semalam berlangsung perlawanan pertama Kelayakan Piala Dunia 2014 yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil di antara Malaysia menentang Taiwan. Malaysia berjaya menewaskan Taiwan dengan jaringan 2 - 1. Malaysia berjaya mendahului Taiwan 1 - 0 pada separuh masa pertama hasil jaringan cantik ketua pasukan, Safiq Rahim. Hasil dari umpanan dari Kunalan, Safiq berjaya merembat kencang untuk menjaringkan gol pertama. Separuh masa kedua, Aidil Zafuan menanduk kencang untuk menjadikan kedudukan 2 - 0. Berpunca dari sepakan sudut, Aidil meluru untuk menanduk dengan kencang dan seterusnya memberi gol kedua Malaysia. Namun, akibat kelekaan pertahanan, Taiwan berjaya memperolehi 1 gol penting untuk dijadikan bekal pada perlawanan kedua Ahad nanti di tempat sendiri. Walaupun berjaya mengatasi Taiwan semalam, skuad Harimau Malaya belum mampu untu bergembira kerana masih ada lagi 90 minit di Taiwan pada hari Ahad nanti. Malah, Malaysia pe
~ s b 1 8 9 1 1 9 ~ .a.k.u.t.e.t.a.p.a.k.u. ~