Langkau ke kandungan utama

Kelayakan Sukan Olimpik 2012 : Malaysia 2 - 1 Lubnan

Malaysia berjaya melayakkan diri ke peringkat kumpulan kelayakan Sukan Olimpik 2012 apabila membenam cabaran Lubnan 2 - 1 sebentar tadi.


Gol-gol Malaysia dijaringkan pada separuh masa pertama oleh Irfan Fazail dan Wan Zack Haikal. Tamat separuh masa pertama, Malaysia mendahului 2 - 0 . Namun, di awal separuh masa kedua, Malaysia terpaksa bermain dengan 10 orang apabila pemain Malaysia diperintah keluar padang setelah mendapat kad kuning kedua. Lubnan memanfaatkan peluang ini untuk merapatkan jurang gol. Mereka berjaya mendapat gol menerusi tandukan yang memerangkap penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat. Namun, Malaysia kental bertahan untuk mengekalkan kedudukan ini, dan seterusnya memenangi perlawanan ini.

Secara keseluruhan, permainan pemain muda negara ini lebih baik jika dibandingkan dengan perlawanan pertama di Lubnan yang lalu. Mereka lebih yakin dan teratur dalam permainan. Hasilnya dapat dilihat dengan dua gol menarik oleh Irfan dan Wan Zack Haikal. Namun, aspek pertahanan perlu ditingkatkan lagi kerana kerap kali hilang fokus dan memberi ruang kepada pemain Lubnan untuk membuat percubaan ke arah pintu gol Malaysia.

Apa pun, keputusan ini sudah memadai untuk Malaysia melangkah ke pusingan seterusnya. Nyata sekali kememangan malam ini menggembirakan para penyokong yang semakin yakin dengan kemampuan skuad negara. Diharapkan para pemain mampu memberi persemahan terbaik setiap kali turun beraksi. Buktikan bahawa anda semua mampu mengembalikan zaman kegemilangan bola sepak negara.

Malaysia Boleh....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Sebulan Dari Sekarang...

Hari ni, saya dah hantar surat letak jawatan saya kepada pihak pengurusan. Saya menghantar notis sebulan untuk letak jawatan bagi membolehkan saya membuat persiapan sebelum ditempatkan di tempat kerja baru, sambil memberi peluang pihak pengurusan mencari pengganti. Secara jujur, berat juga hati nak hantar surat tadi. Sebab dah hampir 10 bulan saya kerja di sini. Tapi demi masa depan, saya kena teruskan. Surat tu saya letak je di atas meja Eksekutif Admin sebab dia cuti sakit hari ni. Tapi saya ada juga email kepada Manager, HR, dan juga pihak HQ. Sebelum balik, Mr Chua dari HR ada menyerahkan borang untuk saya isi sebelum saya melepaskan jawatan saya. InsyaALLAH, esok saya akan hantar balik borang tu untuk pihak pengurusan buat penilaian. Dengan penyerahan surat ini, maka saya sudah mulakan langkah saya untuk ke alam baru. Sekarang, cuma tunggu surat rasmi je lagi mengenai penempatan saya nanti. Dari sekarang, boleh la saya mula buat persiapan. Saya harap semuanya akan dipermudah...