Langkau ke kandungan utama

Sibuk Dunia Baru...

Wah...Sekarang jarang betul saya nak update blog ni. Bukannye dah tak minat nak update, tapi tak sempat. Ada saja keje nak kena siapkan. Balik umah je, dah letih. Tak sempat pun nak mengarang ayat dlm blog ni. Sorry la ye blog...Hehehe...

Mana saya nak mula dulu ek...?

Ok..Sebelum ni saya ada cerita pasal kursus saya di Kuala Lumpur. Balik dari kursus tu hari Khamis, saya rehat sehari je. Sabtu tu dah mula kursus lain plak. Kali ni Kursus Asas Renang, anjuran jabatan dalam politeknik ni je. Kursus berlangsung 2 hari, iaitu Sabtu dan Ahad, adalah kursus yang mengajar asas-asas renang dan cara menyelamat di air. Sekadar teknik asas je la. Bagus gak saya join ni. Sekurang-kurangnya saya tau la sikit-sikit pasal renang ni. Tapi kulit saya makin gelap la sebab kena kolam renang ni terbuka...Huhuhu...


Lepas habis kursus 2 hari ni, sambung plak kursus lain. Bermula hari Isnin sampai Khamis (6 - 9 Jun), saya terlibat pula dengan Kursus Penggunaan TimeTabler Plus. TimeTabler Plus ni sebenarnya aplikasi yang digunakan untuk membuat jadual waktu kuliah untuk pelajar. Bila saya dah dilantik sebagai salah seorang penyelaras jadual waktu untuk jabatan saya, saya kena la ikuti dan pelajari sistem ni. Pening gak sebab banyak benda nak kena buat supaya dapat siapkan jadual waktu ni. Alhamdulillah, semuanya dah siap....

Disebabkan saya dah berkursus tanpa henti, jadi saya pun minta la cuti pada hari Jumaat tu. Saya balik ke KB sebab nak ambil barang-barang. Ini adalah kali pertama saya balik ke KB sejak lapor diri di Muadzam pada 20 Mei lepas. Dah la balik sorang je. Terpaksa la beranikan diri cari jalan balik. Mujurlah semuanya selamat.

Ahad saya dah gerak balik Muadzam. Saya bertolak sekitar jam 12.00 tengahari. Saya bawa bersama mak & ayah saya. Mereka nak kenal gak tempat baru saya ni, sambil bawa mak ayah jalan-jalan sekitar sini. Tapi mak ayah tak lama la kat sini. Semalam mereka dah bertolak balik KB.

Sekarang, saya masih cuba sesuaikan diri hidup di Muadzam Shah ni. Saya ok je. Cuma kadang-kadang tu terlalu bosan sebab tak tahu nak buat apa. InsyaALLAH, lama-lama nanti ok la. Yang penting, ikhlas dengan apa yang kita buat....Betul tak..?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Sebulan Dari Sekarang...

Hari ni, saya dah hantar surat letak jawatan saya kepada pihak pengurusan. Saya menghantar notis sebulan untuk letak jawatan bagi membolehkan saya membuat persiapan sebelum ditempatkan di tempat kerja baru, sambil memberi peluang pihak pengurusan mencari pengganti. Secara jujur, berat juga hati nak hantar surat tadi. Sebab dah hampir 10 bulan saya kerja di sini. Tapi demi masa depan, saya kena teruskan. Surat tu saya letak je di atas meja Eksekutif Admin sebab dia cuti sakit hari ni. Tapi saya ada juga email kepada Manager, HR, dan juga pihak HQ. Sebelum balik, Mr Chua dari HR ada menyerahkan borang untuk saya isi sebelum saya melepaskan jawatan saya. InsyaALLAH, esok saya akan hantar balik borang tu untuk pihak pengurusan buat penilaian. Dengan penyerahan surat ini, maka saya sudah mulakan langkah saya untuk ke alam baru. Sekarang, cuma tunggu surat rasmi je lagi mengenai penempatan saya nanti. Dari sekarang, boleh la saya mula buat persiapan. Saya harap semuanya akan dipermudah...