Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011....Salam Kemerdekaan ke 54...

Hari ni dah 2 Syawal...Saya nak ambil kesempatan ni nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri...Maaf Zahir Batin...Semoga Aidilfitri kali ni memberi keceriaan berganda kepada kita... Allahuakbar... Allahuakbar... Allahuakbar... Hari ni juga adalah 31 Ogos. Kita meraikan Hari Kemerdekaan ke 54. Diharapkan kita mampu mempertahankan kemerdekaan ini sampai bila-bila... Merdeka...!! Merdeka...!! Merdeka...!! Selamat Menyambut Merdeka Raya 2011...

Dah Sampai KB...

Hari Khamis lepas, saya dan kawan-kawan JTMK dah berpakat untuk berbuka puasa bersama-sama. Yela kan, hari terakhir berpuasa di Muadzam tahun ni, kami nak la berbuka sama-sama. Kawan-kawan yang join malam tu Bariey, Ila, Dayah, Nurul & Asyran. Suani Bariey pun ada gak. Kami makan di kedai adik Kak Ila, depan pasaraya Pantai Selamat di Muadzam Shah. Lepas makan, kami semua pusing-pusing kat kedai-kedai area tu. Saje je nak tengok-tengok barang. Lepas pusing-pusing, kami balik la. Saya pun tak kemas barang lagi masa tu. Maklumlah, pagi Jumaat dah nak gerak balik KB. Pagi Jumaat, dalam pukul 7.20 pagi, saya dan beberapa lagi kawan bergerak balik dari Muadzam ke KB. Kami berkonvoi dengan 4 kereta. Kami sama-sama nak cuba lalu ikut jalan Jabor-Kuala terengganu. Alhamdulillah, semuanya selamat. Saya sampai KB sekitar jam 2.30 petang. Cuma saya sedih sikit sebab sampai je KB, telefon saya rosak. Samapai sekarang tak boleh guna. Paling sedih ialah telefon tu rosak sehari se

Suasana Raya Di PMS...

Semalam kami di JTMk duk kemas-kemas sikit pejabat sambil-sambil nak hias dengan hiasan. maklumlah, raya nak dekat dah. Tapi sambil-sambil hias, sempat lagi bergambar dan main-main dengan Danish, anak Kak Lily. Memang cute dan pandai budak ni...Hehehe... Sebelah malam pula saya menyertai Bariey dan anak-anak PA dia untuk berbuka bersama. Bayangkan student 1 kelas berbuka sama-sama dalam satu rumah. Memang penuh. Walaupun simple je, tapi tetap ceria dan seronok. Sekali-sekala berbuka beramai-ramai macam ni. Hari ni hari terakhir keje sebelum balik raya. Pagi esok, saya dan yang lain akan bergerak balik KB. Ada la 2,3 buah kereta yang akan bergerak bersama esok. Tak sabar dah nak balik raya ni...Hehehe...

Semangat Merdeka...

Jarang saya update blog saya ni sekarang. Maklumlah, banyak keje nak kena buat. Lagi pun, broadband kat sini terlebih laju. Dah macam siput sedut dah rasanya...Huhuhu... Dalam kesibukan keje dan semangat nak raya, sempat gak saya selesaikan tugasan keceriaan kat pejabat tadi. Sebagai Penyelaras Keceriaan dan Kebajikan Jabatan, saya la kena hias bendera dan yang berkaitan dengan bulan kemerdekaan ni. Saya pun takde idea nak buat apa. So, just tampal je la bendera tu kat cermin pejabat. Nampak lucu pulak...Hehehe.. Apa pun, yang penting sebenarnya ialah usaha kita untuk merayakan bulankemerdekaan ni. Daripada tak buat apa-apa, baik lah juga kita gantung bendera ni. Sekurang-kurangnya, ada la gak nampak ingatan kita pada bulan kemerdekaan ni... Betul tak..? Hehehe...

Sudah Masuk...

Alhamdulillah...Hari ni dah masuk bonus dari Kerajaan Persekutuan untuk kakitangan awam. Walaupun jumlah yang saya dapat bukanlah separuh gaji, tapi kira ok la. Disebabkan saya baru lagi dalam sektor awam, jadi ada pengiraan tertentu untuk pemberian gaji. Dan berdasarkan pengiraan, saya hanya layak dapat yang minimum RM500. Kira ok la kan...Hehehe... Ada yang bagi tahu saya Kerajaan Negeri Pahang pun akan bagi bonus pada kakitangan sektor awam ni Pahang ni. Tak tahulah kesahihannya. Kalau betul, harap-harap la saya dapat gak...Hehehe...

Bonus Setengah Bulan Gaji...

Mintak 2 bulan gaji, tapi yang dapat setengah bulan...Hehehe...Alhamdulillah...Sekurang-kurangnya ada gak la, walaupun setengah bulan. Terima kasih ye pada kerajaan yang bagi bonus ni. Kalau boleh tahun depan bagi la lebih lagi...Hehehe...

Piala Malaysia 2011...

Undian untuk kejohanan Piala Malaysia 2011 telah berlangsung petang semalam. Juara bertahan, Kelantan diletakkan dalam kumpulan C, bersama-sama dengan Johor FC, Felda United dan Sarawak. Skuad The Red Warriors diramal mudah melepasi halangan peringkat kumpulan untuk menempah slot ke saingan suku akhir. Saingan di suku akhir boleh dianggap mencabar apabila bakal menemukan Kelantan dengan juara Piala Malaysia 2009, Negeri Sembilan ataupun Juara Piala FA 2011, Terengganu. Pastinya pertembungan di peringkat suku akhir menjadi perhatian para peminat dan penyokong The Red Warriors. Kini, para penyokong Kelantan mengharapkan para pemain mampu buat yang terbaik demi mempertahankan kejuaraan yang dimenangi tahun lalu. Malah, Piala Malaysia 2011 bakal menjadi pelengkap kepada kejayaan manis untuk musim 2011 ini. Selepas memenangi Piala Sumbangsih 2011 dan Liga Super 2011, Kelantan berjaya juga memenangi Piala Presiden 2011. Jadi, Piala Malaysia 2011 pasti menjadi idaman. Semoga skuad Kelan

Dugaan 1 Ramadhan 1432H...

Sambutan awal Ramadhan kali ni sememangnya berbeza dengan sebelumnya. Jika sebelum ni, sambutan awal Ramadhan saya sambut bersama keluarga. Tapi kali ni saya berseorangan di Muadzam Shah ni. Tapi itu bukanlah dugaan sebenarnya, cuma sekadar suasana baru yang saya alami. Dugaan yang saya alami bermula sejak malam menjelang 1 Ramadhan lagi. Saya sebenarnya belum beli lagi gas untuk memasak. Jadi, setibanaya saya di Muadzam Shah dari KB, saya terus keluar mencari gas untuk memasak. Maklumlah, dah nak sahur. Malangnya, semua kedai dah kehabisan gas. Hampir seluruh bandar Muadzam Shah saya cari gas, tapi tak dapat. Semuanya dah habis. Apa boleh buat, terpaksa la makan rendang yang mak saya bekalkan je. Saya pun letak rendang tu dalam peti sejuk. Bila saya bangun dalam pukul 4.30 pagi, terkejut saya bila rendang tu dah beku. Dah keras dah walaupun saya letak kat bawah. Mungkin sebab peti ni baru, jadi cepat sangat beku walaupun saya set tahap 3 je. Nak panaskan, tak ada gas. Terpaksa la sa

Comel Teramat Sangat...

Lama dah saya tak kongsi gambar-gambar menarik,kan..Sempena hari pertama puasa ni, apa kata kita tengok gambar-gambar yang comel. Sekadar nak hilangkan rasa lapar...Hehehe... Gambar ni saya dapat dari kawan yang emailkan kepada saya. Harap semua seronok tengok gambar-gambar si kecil yang comel ni ek...Hehehe...

Salam Ramadhan...

Hari ni kita akan mula berpuasa. Kejap je rasanya masa berlalu. Masih teringat-ingat lagi rasanya suasana berbuka puasa di Pacific KB Mall. Sekarang berpuasa pula kat Muadzam Shah ni. Apa pun, selamat berpuasa kepada semua. Semoga Ramadhan kali ni menjadi yang terbaik untuk kita. Sesungguhnya saya merindui suasana Ramadhan. Alhamdulillah, Allah masih memanjangkan usia kita untuk menyambut Ramadhan kali ni... Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan....