Langkau ke kandungan utama

Dah Sampai KB...







Hari Khamis lepas, saya dan kawan-kawan JTMK dah berpakat untuk berbuka puasa bersama-sama. Yela kan, hari terakhir berpuasa di Muadzam tahun ni, kami nak la berbuka sama-sama. Kawan-kawan yang join malam tu Bariey, Ila, Dayah, Nurul & Asyran. Suani Bariey pun ada gak. Kami makan di kedai adik Kak Ila, depan pasaraya Pantai Selamat di Muadzam Shah.







Lepas makan, kami semua pusing-pusing kat kedai-kedai area tu. Saje je nak tengok-tengok barang. Lepas pusing-pusing, kami balik la. Saya pun tak kemas barang lagi masa tu. Maklumlah, pagi Jumaat dah nak gerak balik KB.

Pagi Jumaat, dalam pukul 7.20 pagi, saya dan beberapa lagi kawan bergerak balik dari Muadzam ke KB. Kami berkonvoi dengan 4 kereta. Kami sama-sama nak cuba lalu ikut jalan Jabor-Kuala terengganu. Alhamdulillah, semuanya selamat. Saya sampai KB sekitar jam 2.30 petang. Cuma saya sedih sikit sebab sampai je KB, telefon saya rosak. Samapai sekarang tak boleh guna. Paling sedih ialah telefon tu rosak sehari sebelum hari jadi saya. Tak dapat guna telefon masa hari jadi sendiri. Memang tak tahu nak buat apa dah. Nak repair, duit dah takde sebab bayar hutang. Tak tahu la apa nak buat...huhuhu...

Pada kawan-kawan yang ucap sempena hari jadi saya, terima kasih saya ucapkan. Terasa sangat diri ni dihargai...Huhuhu...Terharu betul...Thanks sekali lagi...



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

I'm Back...

Ya ALLAH...Lamanya tak update blog ni. Dah bersawang dah ni...hehehe.. Setahun lebih dah blog ni kosong. Mood nak menulis tu macam dah hilang lepas kes laptop hilang tu..Huhu...sedih ni.. InsyaAllah..Saya cuba untuk update balik siki-sikit. Doakan supaya mood tu datang balik...Hehehe...