Langkau ke kandungan utama

Piala Malaysia 2011...

Undian untuk kejohanan Piala Malaysia 2011 telah berlangsung petang semalam. Juara bertahan, Kelantan diletakkan dalam kumpulan C, bersama-sama dengan Johor FC, Felda United dan Sarawak. Skuad The Red Warriors diramal mudah melepasi halangan peringkat kumpulan untuk menempah slot ke saingan suku akhir.

Saingan di suku akhir boleh dianggap mencabar apabila bakal menemukan Kelantan dengan juara Piala Malaysia 2009, Negeri Sembilan ataupun Juara Piala FA 2011, Terengganu. Pastinya pertembungan di peringkat suku akhir menjadi perhatian para peminat dan penyokong The Red Warriors.

Kini, para penyokong Kelantan mengharapkan para pemain mampu buat yang terbaik demi mempertahankan kejuaraan yang dimenangi tahun lalu. Malah, Piala Malaysia 2011 bakal menjadi pelengkap kepada kejayaan manis untuk musim 2011 ini. Selepas memenangi Piala Sumbangsih 2011 dan Liga Super 2011, Kelantan berjaya juga memenangi Piala Presiden 2011. Jadi, Piala Malaysia 2011 pasti menjadi idaman.

Semoga skuad Kelantan berjaya merealisasikan impian menggunung penyokong setia The Red Warriors.

Gomo Kelate Gomo...

Berikut adalah senarai kumpulan dan jadual perlawanan yang melibatkan Kelantan...




PIALA MALAYSIA 2011

KUMPULAN A : KEDAH – PERAK – SABAH – JOHOR
KUMPULAN B : TERENGGANU – NEGERI SEMBILAN – PKNS – SIME DARBY
KUMPULAN C : KELANTAN – JOHOR FC – FELDA UNITED – SARAWAK
KUMPULAN D : SELANGOR – T-TEAM – KUALA LUMPUR – PDRM

JADUAL PERLAWANAN PIALA MALAYSIA

PUSINGAN PERTAMA

SARAWAK vs KELANTAN – 6 SEPTEMBER 2011 – Selasa
KELANTAN vs FELDA UNITED – 10 SEPTEMBER 2011 – Sabtu
JOHOR FC vs KELANTAN – 13 SEPTEMBER 2011 – Selasa

PUSINGAN KEDUA

KELANTAN vs SARAWAK – 17 SEPTEMBER 2011 – Sabtu
KELANTAN vs FELDA UNITED – 24 SEPTEMBER 2011 – Sabtu
KELANTAN vs JOHOR FC – 27 SEPTEMBER 2011 – Selasa

Jadual Suku Akhir PM : 4 & 8 Oktober 2011 – Selasa & Sabtu
Jadual Separuh Akhir PM : 14 & 22 Oktober 2011 – Jumaat & Sabtu
FINAL PM 2011 : 29 Oktober 2011 – Sabtu

* kedua-dua perlawanan melibatkan FELDA UNITED bermain di Kota Bharu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Letihnya Stock Take...

Akhirnya, derita semingga hampir selesai. Selepas berpenat lelah berjuang, akhirnya, tugasan kami hampir selesai.Sesi pengiraan stok (Stock take) yang berlangsung pada 30 Mac lepas hampir sempurna. Bermula dari minggu lepas lagi sebenarnya saya dan MIS sibuk dengan persiapan untuk stock take ni. Lepas penerangan secara rasmi oleh Manager, maka bermulalah sesi persediaan yang perlu dibuat. Setiap bahagian mula buat persiapan masing-masing. Tidak lupa juga dengan saya. Saya kena bagi taklimat kepada staff yang akan terlibat sebagai helper & scanner pada hari stock take nanti. Taklimat diadakan pada 23, 34 & 27 Mac lalu. Setiap hari ada 2 sesi. Saya la yang terpaksa 'mengajar' staff lain. Sepatutnya 27 tu hari offday saya. Tapi terpaksa la keje gak. Sesi taklimat ringkas kepada staff Selepas selesai semua taklimat, saya sibuk pula menyiapkan mesin untuk digunakans ebagai scannaer pada hari stock take tersebut. Kami diminta menyiapkan 25 buah mesin untuk digunakan. Pad