Langkau ke kandungan utama

Dugaan 1 Ramadhan 1432H...

Sambutan awal Ramadhan kali ni sememangnya berbeza dengan sebelumnya. Jika sebelum ni, sambutan awal Ramadhan saya sambut bersama keluarga. Tapi kali ni saya berseorangan di Muadzam Shah ni. Tapi itu bukanlah dugaan sebenarnya, cuma sekadar suasana baru yang saya alami.

Dugaan yang saya alami bermula sejak malam menjelang 1 Ramadhan lagi. Saya sebenarnya belum beli lagi gas untuk memasak. Jadi, setibanaya saya di Muadzam Shah dari KB, saya terus keluar mencari gas untuk memasak. Maklumlah, dah nak sahur. Malangnya, semua kedai dah kehabisan gas. Hampir seluruh bandar Muadzam Shah saya cari gas, tapi tak dapat. Semuanya dah habis. Apa boleh buat, terpaksa la makan rendang yang mak saya bekalkan je. Saya pun letak rendang tu dalam peti sejuk. Bila saya bangun dalam pukul 4.30 pagi, terkejut saya bila rendang tu dah beku. Dah keras dah walaupun saya letak kat bawah. Mungkin sebab peti ni baru, jadi cepat sangat beku walaupun saya set tahap 3 je. Nak panaskan, tak ada gas. Terpaksa la saya bersahur dengan air sejuk dan sebiji epal je...Huhuhu..

Saya ingatkan dugaan saya pada awal puasa ni dah berakhir, tapi sebenarnya tidak. Lepas habis kerja, saya terus la ke tapak bazar Ramadhan yang terletak di bandar Muadzam Shah ni. Dalam perjalanan tu, saya takde lah syak atau rasa tak sedap hati. Bila saya duk drive tu, tiba-tiba keta depan break mengejut. Apa lagi, terus la saya sondol bontot keta tu. Bengang pun ada sebab budak yang bawa keta depan tu main break mengejut camtu je, pada hal takde keta lain pun depan dia. Bumper belakang keta dia kemek, manakala bonet enjin keta saya terus takleh tutup rapat. Masa tu memang bengang sangat. Budak tu call bapak dia. Saya bincang dengan bapak dia je la. Mujur la budak tu ngaku depan bapak dia yang dia silap break mengejut. Kalau tak, tercabar gak tahap kesabaran saya masa tu. Last sekali, kami setuju tak nak buat report. Tapi melayang gak la duit saya seratus. Nak buat macam mana, nak marah sangat pun takleh sebab saya yang sondol bontot keta dia. Terpaksa la...Huhuhu...



Sekarang ni saya kena pikir macam mana nak repair keta saya tu. Dah la duit banyak habis masa balik KB baru ni. Kalau tak repair, masalah gak bila nak balik KB nanti. Bahaya gak tu sebab memang dah takleh rapat bonet enjin tu.

Ish... Apa la nasib...

Dugaan betul la...

Ulasan

zue berkata…
setiap yg berlaku pasti ada hikmah nya , lebih lebih lagy di bulan ramadhan . ape ape pun , en riki saba je banyak banyak eh , hehe . mcm mak saye selalu cakap . (^_^) peace .
s b 1 8 9 1 1 9 berkata…
hehehe...yela...mmg dah sbar pun...nak marah2, nanti batal pose...hehehe

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Hanya Tuhan Yang Tahu...

Hari ni takde cerita nak dikongsi lagi sebab duk sibuk sangat dengan keje & pemantauan akademik dari JPP. Cuma saya nak kongsikan lirik yang sentiasa saya dengar sekarang. Lagu Hanya Tuhan Yang Tahu nyanyian Kumpulan UNIC . Lagu ni dah lama sebenarnya, cuma sekarang saya suka dengar balik lagu ni. Mungkin lirik lagu ni agak bermakna dengan keadaan sekarang. so, sama-sama la kita layan ek...Hehehe... ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ UNIC - Hanya Tuhan Yang Tahu... Ku pendamkan perasaan ini Ku rahsiakan rasa hati ini Melindungkan kasih yang berputik Tersembunyi di dasar hati Ku pohonkan petunjuk Ilahi Hadirkanlah insan yang sejati Menemani kesepian ini Mendamaikan sekeping hati Oh Tuhanku Berikanlah ketenangan abadi Untukku menghadapi Resahnya hati ini mendambakan kasih Insan yang ku sayang C/o: Di hati ini Hanya Tuhan yang tahu Di hati ini Aku rindu padamu Tulus sanubari Menantikan hadirmu Hanyalah kau gadis pilihanku...