Sekarang ni semua kakitangan awam sedang berbicara mengenai skim baru yang diperkenalkan oleh kerajaan iaitu Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
Saya pun sebenarnya masih 'pening-pening' pasal SBPA ni. Bukan pe, banyak sangat terjemahan berbeza. Kalau A cakap camtu, si B cakap camni. So, banyak versi la penerangan SBPA ni. Tak tahu yang mana betul.
Tapi hari Jumaat ni ada wakil dari KPT yang akan memberi penerangan mengenai SBPA ni. Mereka akan berada di PMS ni untuk sesi penerangan. Rasanya time tu boleh la nak tanya apa yang patut. Bukan pe, kena la tau gak apa keistimewaan SBPA ni berbanding SSM sebelum ni.
Apa pun, tunggu je la taklimat Jumaat ni...
Untuk membaca maklumat dan mendapatkan pekeliling SBPA, klik sini.
Ulasan