Langkau ke kandungan utama

Permulaan Minggu Baru Sesi Disember 2011...

Kejap je rasanya masa berlalu. Baru je lagi rasanya student ambil final exam. Sekarang, semester baru dah bermula..

Mula minggu lepas, para pelajar dah mula daftar di PMS. Bermula dengan hari Ahad lagi sebenarnya. Hari Ahad, para pelajar baru telah daftar asrama mereka. Untuk kali ni, sesi pendaftaran asrama dan pendaftaran pengajian diadakan berasingan. Pendaftaran pengajian diadakan pada hari Isnin.

Untuk kali ni, saya terlibat sebagai AJK lalu lintas bersama-sama Razi. Kami kena sediakan papan tanda jalan untuk memudahkan keluarga yang datang untuk daftar anak-anak mereka. Dan pada hari Isnin, saya membantu kaunter pendafaran jabatan saya.





Pendaftaran pelajar di Dewan Utama, PMS.


Pada hari Rabu pula, pendaftaran untuk pelajar lama diadakan. Pendaftaran ini melibatkan urusan yuran dan juga pendaftaran kursus.

Tapi, dalam kami menyambut kedatangan pelajar untuk sesi baru ni, kami sebenarnya telah kehilangan Ketua Jabatan kami. Ph. Hjh. Fadzilah Ali, Ketua Jabatan JTMK PMS telah dinaikkan pangkat ke DH52 dan telah bertukar ke POLISAS bermula minggu lalu. Selepas setahun di PMS, Hjh. Fadzilah telah kembali ke POLISAS sebagai Pensyarah Kanan. Semoga Hjh. Fadzilah terus cemerlang.














Minggu ni akan bermula la kesibukan saya di semester baru. InsyaALAH, saya akan buat yang lebih baik kali ni...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Hanya Tuhan Yang Tahu...

Hari ni takde cerita nak dikongsi lagi sebab duk sibuk sangat dengan keje & pemantauan akademik dari JPP. Cuma saya nak kongsikan lirik yang sentiasa saya dengar sekarang. Lagu Hanya Tuhan Yang Tahu nyanyian Kumpulan UNIC . Lagu ni dah lama sebenarnya, cuma sekarang saya suka dengar balik lagu ni. Mungkin lirik lagu ni agak bermakna dengan keadaan sekarang. so, sama-sama la kita layan ek...Hehehe... ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ UNIC - Hanya Tuhan Yang Tahu... Ku pendamkan perasaan ini Ku rahsiakan rasa hati ini Melindungkan kasih yang berputik Tersembunyi di dasar hati Ku pohonkan petunjuk Ilahi Hadirkanlah insan yang sejati Menemani kesepian ini Mendamaikan sekeping hati Oh Tuhanku Berikanlah ketenangan abadi Untukku menghadapi Resahnya hati ini mendambakan kasih Insan yang ku sayang C/o: Di hati ini Hanya Tuhan yang tahu Di hati ini Aku rindu padamu Tulus sanubari Menantikan hadirmu Hanyalah kau gadis pilihanku...