Langkau ke kandungan utama

Masih Sibuk...

Wah...Sekarang ni memang tak sempat nak update blog. Banyak keje nak kena siapkan. Walaupun sekarang ni student dah cuti sem, tapi keje staff memang banyak. Kalau nak diikutkan, banyak gak benda yang nak dikongsikan kat sini. Tapi kesempatan tu yang tak ada. Banyak sangat dateline yang perlu diberi perhatian.

Ok...bermula dari 14 hingga 24 november lalu, para pelajar telah menjalani Peperiksaan Akhir. Saya pun ada gak la terlibat sebagai pengawas peperiksaan. Ada 2 kali saya terlibat iaitu pada 15 November dan 17 November.





Lepas habis, saya sibuk pulak nak semak kertas peperiksaan dan susun markah untuk student. Sibuk gak la. Dalam pada duk siapkan markah, saya juga terlibat dengan kursus Timetabler Plus pada 29, 30 November - 1 Disember. Makin pening la. Markah belum siap, nak kena mula buat jadual waktu semester depan pulak. Saya, Dayah & Kak Fidah terlibat dalam kursus ni.

Pada 30 November juga telah diadakan sedikit majlis perpisahan ringkas untuk Hafizah Ismail, Ketua Program DIS untuk JTMK kerana akan bertukar ke Kolej Komuniti Kuantan bermula 1 Disember 2011. Sedikit taklimat dan jamuan ringkas telah diadakan. Semoga Kak Fizah terus cemerlang di tempat baru...InsyaALLAH... : )





Pada 7 & 8 Disember pula telah diadakan Kursus Implementing OBE. Kursus 2 hari ini menampilkan 2 penceramah berbeza iaitu Dr. Mohammad Satar dari Jabatan Politeknik dan Dr. Sulaiman dari UPSI. Banyak input baru diperolehi dari kursus ini, terutamanya dalam melaksanakan dan menggunakan konsep OBE dalam P&P. Saya terlibat sebagai urusetia bagi kursus ini.










Ini adalah antara program yang saya terlibat dalam masa terdekat ni. Memang sibuk sangat. Sekarang pun ada lagi urusan yang belum selesai. Persiapan untuk semester baru pun akan mula diadakan sebab student baru akan lapor diri pada 19 Disember ni.

Harap-harap semuanya ok...IsnyaALLAH...

p/s : hari ni 13.12.11...Lawa gak date ni, kan...Hehehe...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Hanya Tuhan Yang Tahu...

Hari ni takde cerita nak dikongsi lagi sebab duk sibuk sangat dengan keje & pemantauan akademik dari JPP. Cuma saya nak kongsikan lirik yang sentiasa saya dengar sekarang. Lagu Hanya Tuhan Yang Tahu nyanyian Kumpulan UNIC . Lagu ni dah lama sebenarnya, cuma sekarang saya suka dengar balik lagu ni. Mungkin lirik lagu ni agak bermakna dengan keadaan sekarang. so, sama-sama la kita layan ek...Hehehe... ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ UNIC - Hanya Tuhan Yang Tahu... Ku pendamkan perasaan ini Ku rahsiakan rasa hati ini Melindungkan kasih yang berputik Tersembunyi di dasar hati Ku pohonkan petunjuk Ilahi Hadirkanlah insan yang sejati Menemani kesepian ini Mendamaikan sekeping hati Oh Tuhanku Berikanlah ketenangan abadi Untukku menghadapi Resahnya hati ini mendambakan kasih Insan yang ku sayang C/o: Di hati ini Hanya Tuhan yang tahu Di hati ini Aku rindu padamu Tulus sanubari Menantikan hadirmu Hanyalah kau gadis pilihanku...