Langkau ke kandungan utama

Letih Tapi Seronok...

Hujung minggu kali ni agak meriah sebab turut serentak dengan Cuti Hari Krismas. Banyak la aktiviti yang boleh dibuat.

Hari Sabtu, 24 Disember,saya telah ke majlis perkahwinan sahabat saya, Alfah yang diadakan di Sepang. Saya turun dari Muadzam Shah pada jam 7 pagi lagi. Dari Muadzam, saya ke Bangi iaitu rumah adik saya. Saya sampai umah adik saya jam 10.30 pagi. Sempat la rehat-rehat kejap. Dalam kul 12 tengahari, kami gerak ke Sepang. Dalam perjalanan, jalan sesak teruk bermula dari highway ke Nilai lagi sehingga susur keluar ke exit highway Nilai. Alhamdulillah, sempat gak jumpa pengantin. Sempat la bergambar jap dengan Alfah & Baizura, isteri Alfah. Kat situ gak jumpa Hafiza, kawan Alfah yang juga saya kenal.

Dekat-dekat kul 3,kami balik. Saya rehat japo di umah adik saya sebelum gerak balik Muadzam. Kul 4 petang saya gerak. Kali ni saya pun tersangkut dalam kesesakan jalan di highway. Boleh dikatakan sepanjang highway tu sesak. Dah la hari hujan. Memang tension gak la masa tu. Sampai kat Kuala Pilah, saya silapmasuk lorong plak. Sesat ssampai masuk bandar Jempol. Aduh hari dah malam, terpaksa la teruskan jugak. Akhirnya saya sampai Muadzam dalam jam 9.30 malam. Memang pengalaman baru la drive malam-malam macam tu dari KL. Letih gak, tapi kena rehat sebab esok nak jalan jauh lagi.

Keesokannya, hari Ahad, 25 Disember, saya, Dayah, Ila dan Safiani bertolak dari Muadzam untuk ke majlis perkahwinan Leen JRKV di Slim River pada jam 8.45 pagi. Kali masuk KL, pastu terus ke Slim River. Sepanjang perjalanan dari Muadzam ke Slim River saya drive. Risau gak sebab kena drive dalam bandar KL, gapi dengan adanya bantuan dari Dayah, Ila dan Safia yang bagi arahan, semuanya selamat. Cuma ada la gak sesat sikit masa kat Kuala Selangor tuh...hehehe...

 Singgah R&R jap...


Sambil duk tunggu Safia, Ila jadi macam sesumpah. Bleh tukar warna baju ikut warna tiang...hehehe...


Sampai kat umah Leen tu dalam kul 3 petang gak la. Agak panjang perjalanan kami, tapi semuanya ok. Lepas siap bergambar dengan pengantin, baru beransur gerak balik. Dari Slim River, saya drive ke KL. Kami singgah di Petronas Damansara (yela kot..xingat dah...hehehe...) sebab nak ikut tunang Dayah ke Jusco Lupa plak Jucso mana..hehehe...). Dia nak tunjuk jalan. Sebelum smpai Jusco, singgah dulu kat umah kakak Dayah. Dia nak ikut sama.

Kat Jusco, sempat pusing-pusing. Diaorang semua duk tengok-tengok barang. Ada yang beli gak. Saya je la yang tak beli sebab duit dah abis...huhuhu...

Dalam kul 9 malam kami gerak untuk balik Muadzam. Semuanya ok dan kami selamat sampai dalam kul 12.15 malam. Memang letih sangat, tapi seronok la bila duk dengan kawan-kawan. Lupa jap semua masalah. Harap ada peluang lagi jalan-jalan dengan kawan-kawan macam ni... InsyaALLAH...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Sebulan Dari Sekarang...

Hari ni, saya dah hantar surat letak jawatan saya kepada pihak pengurusan. Saya menghantar notis sebulan untuk letak jawatan bagi membolehkan saya membuat persiapan sebelum ditempatkan di tempat kerja baru, sambil memberi peluang pihak pengurusan mencari pengganti. Secara jujur, berat juga hati nak hantar surat tadi. Sebab dah hampir 10 bulan saya kerja di sini. Tapi demi masa depan, saya kena teruskan. Surat tu saya letak je di atas meja Eksekutif Admin sebab dia cuti sakit hari ni. Tapi saya ada juga email kepada Manager, HR, dan juga pihak HQ. Sebelum balik, Mr Chua dari HR ada menyerahkan borang untuk saya isi sebelum saya melepaskan jawatan saya. InsyaALLAH, esok saya akan hantar balik borang tu untuk pihak pengurusan buat penilaian. Dengan penyerahan surat ini, maka saya sudah mulakan langkah saya untuk ke alam baru. Sekarang, cuma tunggu surat rasmi je lagi mengenai penempatan saya nanti. Dari sekarang, boleh la saya mula buat persiapan. Saya harap semuanya akan dipermudah...