Langkau ke kandungan utama

Terkesan Di Hati...

Tadi, ada sahabat yang share link blog ni di facebooknya. Saya buka dan cuba baca. Menarik sekali...Blog Genta Rasa...

Saya tertarik dengan topik Bercerita Tentang Jodoh.  Apa yang dipaparkan memang cukup menarik. Sekurang-kurangnya, dapatlah sesuatu yang berharga untuk saya pelajari. Kata-kata dalam blog ni pun sangat mendalam maknanya. Antara yang menarik perhatian saya adalah ayat ni....

"..Yang penting bukan siapa isterimu semasa kau nikahinya, tetapi siapa dia setelah menikah denganmu. Jadi, janji Allah tentang lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi di pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju syurga..

Rasanya anda pun patut baca topik ni. Memang menarik. Kemudian, saya cuba tengok beberapa topik lagi. Dan ada lagi beberapa kata-kata yang menarik minat saya, seperti...


"...Jika seorang datang membuat kita kecewa, maka dia adalah ‘guru’ yang hendak mengajar kita erti sabar. Jika kita rasa kita sedang dikecewakan, itu menunjukkan kita sedang belajar untuk membina sikap tidak terlalu mengharap. Begitulah seterusnya dalam apa jua situasi dan masa, kita hakikatnya sedang belajar dan dididik..."
Ini pun menarik...
"...Jika yang diharapkan berlaku, syukur. Namun sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka dan tidak disangka… sabarlah. Belum tentu itu satu keburukan. Seringkali keberkatan, kebaikan dan kejayaan dibungkus oleh takdir dengan kepahitan, kerugian dan kegagalan. Seringkali kita gagal melihat hakikat ini ketika ia sedang berlaku… namun apabila sedikit masa berlalu barulah kita sedar, rupa-rupanya Allah takdirkan kita berundur ke belakang untuk mengambil lajak bagi melonjak lebih tinggi dan lebih jauh ke hadapan...."

Kata-kata ini seakan dekat dengan jiwa saya kerana secara peribadi, ada peristiwa dalam hidup saya yang berkaitan dengan apa yang diperkatakan. Sebab tu saya mudah memahami apa maksud sebenar kata-kata ni.

Jadi, saya rasa anda semua patut buka dan baca topik-topik yang sememangnya menarik dalam blok Genta Rasa ni. Semoga apa yang dikongsikan dapat dimanfaatkan bersama...InsyaALLAH...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Sebulan Dari Sekarang...

Hari ni, saya dah hantar surat letak jawatan saya kepada pihak pengurusan. Saya menghantar notis sebulan untuk letak jawatan bagi membolehkan saya membuat persiapan sebelum ditempatkan di tempat kerja baru, sambil memberi peluang pihak pengurusan mencari pengganti. Secara jujur, berat juga hati nak hantar surat tadi. Sebab dah hampir 10 bulan saya kerja di sini. Tapi demi masa depan, saya kena teruskan. Surat tu saya letak je di atas meja Eksekutif Admin sebab dia cuti sakit hari ni. Tapi saya ada juga email kepada Manager, HR, dan juga pihak HQ. Sebelum balik, Mr Chua dari HR ada menyerahkan borang untuk saya isi sebelum saya melepaskan jawatan saya. InsyaALLAH, esok saya akan hantar balik borang tu untuk pihak pengurusan buat penilaian. Dengan penyerahan surat ini, maka saya sudah mulakan langkah saya untuk ke alam baru. Sekarang, cuma tunggu surat rasmi je lagi mengenai penempatan saya nanti. Dari sekarang, boleh la saya mula buat persiapan. Saya harap semuanya akan dipermudah...