Ok..Kali ni saya nak kongsikan aktiviti saya hari ni. agi tadi saya telah ke Putrajaya untuk mesyuarat penyelaras projek akhir pelajar JTMK. Mesyuarat telah diadakan di Jabatan Pengajian Politeknik. Wakil dari politeknik yang menawarkan program IT terlibat dalam mesyuarat ini. Dalamm mesyuarat kali ni, kami membincangkan mengenai pelaksanaan projek akhir pelajar di peringkat politeknik. Malahh turut dibincangkan prosedur yang digunapakai oleh setiap politeknik. Hampir keseluruhan wakil membangkitkan masalah yang dihadapi di tempat masing-masing. Saya tidak ketinggalan untuk turut berkongsi masalah yang dihadapi. Dalam mesyuarat kali ni turut dibincangkan tarikh untuk melaksanakan bengkel membangunkan manual panduan projek akhir yang baru. Tarikh yang dipilih adalah pada 26 hingga 28 Mac nanti dan akan diadakan di Politeknik Tuanku syed Sirajudin (PTSS). Mesyuarat selesai jam 1 tengahari. Adik saya yang menghantar dan mengambil tadi. Sampai je kat umah adik saya, saya terus bersiap
~ s b 1 8 9 1 1 9 ~ .a.k.u.t.e.t.a.p.a.k.u. ~