Langkau ke kandungan utama

Kursus Kajian Online di PMS (Episod 2)...

Ok..Kali ni saya nak update la pasal post saya sebelum ni..

JTMK telah menganjurkan Kursus Membangunkan Online Survey untuk para pensyarah. Kursus ini berlangsung selama dua hari, iaitu 21 - 22 Februari 2012 di Makmal Kabel Terstruktur 1 (MKT1), JTMK. Kak Maz (JTMK) & Eliza (JKM) adalah penceramah, manakala Asyran & Dayah pula sebagai fasilitator. Saya AJK je...Hehehe...

Kursus ini adalah mengenai cara menggunakan CIDOS Survey, iaitu platform yang boleh digunakan oleh pensyarah dan pegawai untuk melakukan kaji selidik menggunakan aplikasi online. Ianya agak membantu bagi mereka yang ingin melakukan inovasi atau membuat penerbitan.

Saya kongsikan di sini antara gambar yang sempat diambil sepanjang kursus berlangsung. Diambil dari Kak Maz.















Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sebulan Dari Sekarang...

Hari ni, saya dah hantar surat letak jawatan saya kepada pihak pengurusan. Saya menghantar notis sebulan untuk letak jawatan bagi membolehkan saya membuat persiapan sebelum ditempatkan di tempat kerja baru, sambil memberi peluang pihak pengurusan mencari pengganti.

Secara jujur, berat juga hati nak hantar surat tadi. Sebab dah hampir 10 bulan saya kerja di sini. Tapi demi masa depan, saya kena teruskan. Surat tu saya letak je di atas meja Eksekutif Admin sebab dia cuti sakit hari ni. Tapi saya ada juga email kepada Manager, HR, dan juga pihak HQ. Sebelum balik, Mr Chua dari HR ada menyerahkan borang untuk saya isi sebelum saya melepaskan jawatan saya. InsyaALLAH, esok saya akan hantar balik borang tu untuk pihak pengurusan buat penilaian.

Dengan penyerahan surat ini, maka saya sudah mulakan langkah saya untuk ke alam baru. Sekarang, cuma tunggu surat rasmi je lagi mengenai penempatan saya nanti. Dari sekarang, boleh la saya mula buat persiapan. Saya harap semuanya akan dipermudahkan …

'Cinta tak kesampaian...'

Hehe....suka sangat tengok gambar ni...kreatif gak orang yang buat kek ni...tapi rasanya tak leh guna untuk majlis kahwin...nanti jadi betul plak...hehehehe

p/s : Credit kepada Asscrewz.com