Langkau ke kandungan utama

Jalan-jalan Yang Memang Best...

Kali ni saya nak kongsikan aktiviti saya dan kawan-kawan pada hujung minggu & cuti Maulidur Rasul minggu ni. Saya dan kawan-kawan pejabat sepakat untuk melawat Kak Lily, Ketua Program DIP JTMK PMS yang berada di hospital selepas bersalin. Jadi, kami sama-sama balik ke KB sambil-sambil bercuti.

Hari Sabtu (4 Feb 2012), saya gerak dari Muadzam untuk balik ke KB sekitar jam 7.30 lagi. Saya disertai oleh Dayah, Naza & Safia, manakala Ila dan tunangnya gerak dalam kereta lain. Kami buat keputusan untuk lalu jalan Jabor - Kuala Berang. Kami tak la terlalu bergegas sangat sebab jalan pun tak elok lepas banjir ari tu.

Kami sampai ke Kota Bharu dalam kul 1.45 petang dah. Jadi, kami putuskan untuk melawat Kak Lily pada sesi petang nanti. Sementara menunggu sesi melawat petang iaitu sekitar jam 5 petang, kami gerak la ke KB Mall dulu. Sambil-sambil cari hadiah untuk Kak Lily, sempat gak la pusing-pusing dalam KB Mall jap. Lepas siap beli hadiah, Dayah ajak untuk melawat keluarga tunangnya di Pengkalan Chepa. So, kami pun bergerak la ke Pengkalan Chepa. Rumah keluarga tunang Dayah tu kat perumahan polis kat Padang Tembak. Kami duk sana pun tak la lama sangat. Dekat-dekat kul 5, kami balik sebab nak melawat Kak Lily di hospital.

Kat hospital, kami terus ke Wad 12. Masa kami sampai, suami Kak Lily ada gak masa tu. Memang kesian tengok Kak Lily. Memang nampak lagi letih. Agak tersentuh bila dengar cerita dari Abg Nasim, suami Kak Lily mengenai situasi kritikal Kak Lily selepas bersalin. Memang boleh dikatakan masa tu peluang Kak Lily untuk selamat 50-50. Alhamdulillah...Berkat doa semua, Kak Lily sembuh dan sihat seperti sediakala. Cuma perlukan rawatan rapi kerana banyak sangat kehilangan darah.

Dalam kul 6, kami beredar dari hospital. Saya bawa Dayah, Safia  & Naza jalan-jalan ke pantai. Kami gi PCB je. Sebelum sampai PCB, sempat gak singgah di Penambang beli jagung. Sampai di PCB, frust gak sebab ramai sangat orang. Nak parking pun tak boleh. Kami pun terpaksa la masuk ke Perdana Resort dan parking dalam tu. Boleh la kami lepak-lepak tepi pantai. Sempat gak berposing sakan...Hehehe...





Sebelum Maghrib, kami gerak ke bandar KB. Sampai di bandar KB, kami solat dulu di surah Pasar Siti Khatijah. Lepas solat, saya dan Naza bawa Dayah dan Safia makan di Medan Selera (dulunya Padang Bas). Safia nak sangat makan nasi kerabu. Siap makan, kami nak gerak pula ke Wakaf Che Yeh. Cuma masa tu saya, Dayah & Safia je la yang gi sebab Naza nak jumpa kawan dia. Kawan special dia kot...Hehehe...Kat Wakaf Che Yeh, memang excited gak la Dayah & Safia tengok kedai-kedai yang duk jual tudung & baju. Lepas pusing-pusing, sempat gak la diaorang beli sikit. Lepas siap beli, kami nak gerak balik dah. Kami sms Naza yang memang dah sampai kat Wakaf Che Yeh tu dengan kawan dia. Kami pun balik la ke rumah nenek Naza di Melor. Kat sana la Naza, Dayah & Safia bermalam. Saya sampai umah saya dalam kul 12 malam. Agak letih tapi seronok. Kena rehat sebab esoknya ada lagi aktiviti kami.

Hari Ahad (5 Feb 2012), dalam kul 11 pagi, kami gerak ke Rantau Panjang. Ramai sangat orang sampai jalan masuk ke kawasan bebas cukai tu sesak. Dalam kul 1.30 tengahari baru kami boleh turun kereta. Turun je, kami cari tempat makan dulu sebab dah lapar. Siap makan, kami pusing-pusing dalam kedai-kedai situ. Agak kurang selesa gak la Dayah & Safia nak beli-belah sebab cuaca yang panas, ditambah pulak dengan keadaan sesak dengan pelancong luar. Mereka sekadar tengok-tengok dulu. Tapi sebelum balik, sempat gak diaorang beli pokok bunga hiasan untuk dibawa balik. Dalam perjalanan balik ke KB, kami sempat singgah tepi jalan sebab nak minum air kelapa. Panas-panas memang best la dapat minum air kelapa.

Sampai di KB, kami terus ke Pasar Siti Khatijah. Diaorang nak pusing-pusing situ plak. Kat situ, kami beli buah dan makanan untuk dibawa balik ke Muadzam. Siap je beli, kami gerak ke KB Mall. Kat KB Mall, kami gi makan dulu kat McD. Lama tak makan McD. Maklumlah, Muadzam Shah takde McD...Hehehe...


Siap makan, kami pusing-pusing dulu. Sempat gak beli baju. Saya pun kena beli gak selepas dipujuk oleh Naza, Dayah & Safia. Diaorang nak 'make over' saya la kononnya...Hehehe...Takpe lah. Sekali-sekala je, apa salahnya,kan...

Dah selesai beli-belah kat KB Mall, kami terus gerak balik. Kena balik rehat-rehat lagi sebab esok nak gerak balik Muadzam, sambil-sambil nak singgah di Terengganu pulak.

Pagi Isnin (6 Feb 2012), kami gerak balik dalam jam 9 pagi. Memang kami rancang nak singgah di Terengganu pulak. Sambung jalan-jalan kat sana. Dalam jam 11.30, kami sampai di Masjid Kristal. Memang sakan gak la diaorang ni bergambar...Hehehe....


Lepas siap bergambar di Masjid Kristal, kami gerak ke Kampung Losong, nak beli keropok. Punya la ramai orang beratur nak beli keropok. Tunggu gak la. Lebih setengah jam kot kami tunggu. Bila dah dapat, saya bawa pulak diaorang gi Pasar Payang. Kat sana, Dayah nak cari kain batik. Lepas pusing-pusing atas tu, dapat gak la apa yang dicari.

Dari Pasar Payang, saya bawa pulak mereka ke Pantai Batu Buruk. Kami beli makanan tengahari dulu, pastu lepak tepi pantai sambil berkelah. :Best gak sebab dah lama tak berkelah camtu. Siap makan dan bergambar, kami gerak ke Masjid Terapung untuk solat.

Selesai solat, kami teruskan perjalanan kami. Sampai di Pantai Kelulut, Marang, sekali lagi kami berhenti untuk singgah minum air kelapa. Maklumlah, semalamnya tak dapat minum air kelapa dalam buah. So, kali ni memang nak minum yang dalam buah la pulak. Siap minum, kemi terus gerak balik. Maklumlah, hari dah petang. Tak tahu kul berapa sampai Muadzam. Memang tak nak singgah mana-mana dah.

Sampai di Kuantan, kami berhenti jap di East Coast Mall sebab saya nak beli telefon baru. Maklumlah, telefon saya asyik rosak je. Geram sangat, terpaksa la beli yang baru. Angkat Samsung Galaxy Wonder plak...Hehehe...

Siap beli, kami terus balik. Kami sampai di PMS dekat-dekat kul 12 malam. Masa tu memang saya terlalu letih sebab dah 3 hari memandu. Naza, Sadia & Dayah takleh bawak kereta manual, so takde lah yang boleh ganti. Tapi takpe. Yang penting dapat bawak kawan-kawan saya ni jalan-jalan. Walapu pun letih yang teramat sangat, tapi tak terasa bila tengok reaksi kawan-kawan yang memang seronok sepanjang 3 hari ni.

Pada Dayah, Safia & Naza, terima kasih sebab join hujung minggu kali ni. Memang seronok sangat. Enjoy giler. InsyaAllah, ada masa bleh kita plan jalan-jalan lagi...Hehehe...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Letihnya Stock Take...

Akhirnya, derita semingga hampir selesai. Selepas berpenat lelah berjuang, akhirnya, tugasan kami hampir selesai.Sesi pengiraan stok (Stock take) yang berlangsung pada 30 Mac lepas hampir sempurna. Bermula dari minggu lepas lagi sebenarnya saya dan MIS sibuk dengan persiapan untuk stock take ni. Lepas penerangan secara rasmi oleh Manager, maka bermulalah sesi persediaan yang perlu dibuat. Setiap bahagian mula buat persiapan masing-masing. Tidak lupa juga dengan saya. Saya kena bagi taklimat kepada staff yang akan terlibat sebagai helper & scanner pada hari stock take nanti. Taklimat diadakan pada 23, 34 & 27 Mac lalu. Setiap hari ada 2 sesi. Saya la yang terpaksa 'mengajar' staff lain. Sepatutnya 27 tu hari offday saya. Tapi terpaksa la keje gak. Sesi taklimat ringkas kepada staff Selepas selesai semua taklimat, saya sibuk pula menyiapkan mesin untuk digunakans ebagai scannaer pada hari stock take tersebut. Kami diminta menyiapkan 25 buah mesin untuk digunakan. Pad