Langkau ke kandungan utama

Cerita Hari Ni..

Ok..Kali ni saya nak kongsikan aktiviti saya hari ni. agi tadi saya telah ke Putrajaya untuk mesyuarat penyelaras projek akhir pelajar JTMK. Mesyuarat telah diadakan di Jabatan Pengajian Politeknik. Wakil dari politeknik yang menawarkan program IT terlibat dalam mesyuarat ini.

Dalamm mesyuarat kali ni, kami membincangkan mengenai pelaksanaan projek akhir pelajar di peringkat politeknik. Malahh turut dibincangkan prosedur yang digunapakai oleh setiap politeknik. Hampir keseluruhan wakil membangkitkan masalah yang dihadapi di tempat masing-masing. Saya tidak ketinggalan untuk turut berkongsi masalah yang dihadapi. Dalam mesyuarat kali ni turut dibincangkan tarikh untuk melaksanakan bengkel membangunkan manual panduan projek akhir yang baru. Tarikh yang dipilih adalah pada 26 hingga 28 Mac nanti dan akan diadakan di Politeknik Tuanku syed Sirajudin (PTSS).

Mesyuarat selesai jam 1 tengahari. Adik saya yang menghantar dan mengambil tadi. Sampai je kat umah adik saya, saya terus bersiap pula untuk keluar. Walaupun saya rasa sakit kepala sikit, tapi saya ikut je family saya keluar ke Jalan TAR & Jalan Masjid India. Saje pusing-pusing cari barang. Tapi takde beli apa-apa pun. Lepas sejam, kami balik je,

Sewaktu jalan-jalan

Pagi esok saya akan gerak balik ke Muadzam Shah. Esok saya dah apply cuti dan akan masuk keje hari Khamis. Letih betul bila terpaksa jalan jauh ni. InsyaAllah, saya akan tetap buat yang terbaik. Chaiyok..!! Gambate..!!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Hanya Tuhan Yang Tahu...

Hari ni takde cerita nak dikongsi lagi sebab duk sibuk sangat dengan keje & pemantauan akademik dari JPP. Cuma saya nak kongsikan lirik yang sentiasa saya dengar sekarang. Lagu Hanya Tuhan Yang Tahu nyanyian Kumpulan UNIC . Lagu ni dah lama sebenarnya, cuma sekarang saya suka dengar balik lagu ni. Mungkin lirik lagu ni agak bermakna dengan keadaan sekarang. so, sama-sama la kita layan ek...Hehehe... ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ UNIC - Hanya Tuhan Yang Tahu... Ku pendamkan perasaan ini Ku rahsiakan rasa hati ini Melindungkan kasih yang berputik Tersembunyi di dasar hati Ku pohonkan petunjuk Ilahi Hadirkanlah insan yang sejati Menemani kesepian ini Mendamaikan sekeping hati Oh Tuhanku Berikanlah ketenangan abadi Untukku menghadapi Resahnya hati ini mendambakan kasih Insan yang ku sayang C/o: Di hati ini Hanya Tuhan yang tahu Di hati ini Aku rindu padamu Tulus sanubari Menantikan hadirmu Hanyalah kau gadis pilihanku...