Langkau ke kandungan utama

Jalan-jalan Di Kuantan...

Semalam, saya ajak Asyran, Dayah & Safia untuk keluar jalan-jalan ke Kuantan. Saya nak minta tolong dengan diaorang sebab saya nak beli laptop. Dah lama saya tak ikut perkembangan & harga peralatan IT ni. So, saje nak mintak bantuan diaorang dalam memilih laptop tu. Sambil-sambil boleh la gi jalan-jalan.

Kami gerak dari Muadzam Shah dalam kul 10.15 pagi. Sampai je Kuantan, kami ke Kuantan Parade dulu untuk makan tengahari. Kami ke foodcourt kat Kuantan Parade tu untuk makan. Tapi Dayah sorang je yang tak makan sebab dia duk pening-pening kepala lagi.



Siap makan, kami gerak ke Masjid Sultan Ahmad, Kuantan. Sempat la rehat jap sebelum masuk waktu Zohor. Selesai solat Zohor, kami bersiap untuk ke lokasi seterusnya. Sebelum tu, sempat lagi bergambar...Hehehe...





Dari masjid, kami gerak terus ke Berjaya Megamall Kuantan. Kat sini la Asyran ajak tengok laptop. Mula-mula sampai, kami terus ke bangunan yang menempatkan kedai yang menjual pelbagai barangan komputer. Bangunan tu sebelah je dengan Berjaya Megamall ni. Mula-mula, kami survey je dulu. Kami masuk semua kedai untuk melihat tawaran terbaik yang boleh kami dapat. Bila dah siap survey, kami gi lepak jap kat kedai Ayam penyet - AP kat Megamall ni. Saje nak lepak bincang-bincang sambil minum. Lagi pun Dayah tak makan lagi tadi.







Siap makan, kami gi balik ke kedai komputer yang kami berkenan. Saya jadi untuk beli laptop HP dengan harga RM1940. Spesifikasi laptop ni ok la. Lepas bayar deposit, kami keluar dulu sebab selepas sejam baru boleh ambil laptop tu. Pihak kedai nak buat installation dulu. Jadi kami pun masuk balik la ke Megamall. Mula-mula nak pusing-pusing dalam tu je, tapi yang lain-lain ajak gi East Coast Mall sebab sana lagi menarik. So kami pun gerak la ke ECM. Kat ECM, kami pusing-pusing je la. Safia ada gak beli barang kat Watsons. Asyran pulak beli meja belajar sambil beli barang-barang umah. Saya takde beli apa-apa. Tengok je.  Hehehe...

Lepas sejam lebih kat ECM, kami pun balik semula ke Megamall untuk ambil laptop dari kedai tadi. Siap ambik laptop, kami gerak pula ke Pantai Teluk Chempedak. Sebelum ni asyik dengar je orang cite pasal TC ni, tapi tak pernak berkesempatan untuk gi. Mujur la Safia ajak gi sana. Asyran yang guide tunjuk jalan. Masa kat TC tu, ada sesi sound check untuk konsert diadakan. Masa tu kalau tak silap kumpulan The Fabulous Cats yang duk test sound. Kami singgah surau dulu untuk solat Asar. Kemudian, baru la kami pusing-pusing kat pantai tu.













Dari TC, kami gerak pula ke Tanjung Lumpur untuk makan seafood. Asyran gakk la yang jadi penunjuk arah sebab dia yang expert jalan-jalan kat Kuantann ni. saya drive je la. Sampai kat Tanjung Lumpur, kami singgah masjid dulu untuk solat Maghrib. Selesai Maghrib, baru la kami gi kedai makan tu. Tak ingat dah nama kedai tu. Tapi masakan situ ok la. Macam-macam kami makan. Lama tak makan seafood camtu. Hehehe...








Lepas makan, sempat gak sembang-sembang jap. Maklumlah, dah kenyang sangat makan malam tu. Bila dah ok, kami pun gerak balik. Kali ni Asyran yang drive balik sampai Muadzam.

Memang semalam kami jalan-jalan sampai puas kat Kuantan. Sempat gi 2,3 tempat lagi. Bila dah jalan-jalan dengan member-member, mesti semuanya best,kan... Memang duk gelak je sepanjang kami duk jalan-jalan tu. Hopefully next time ada lagi peluang jalan-jalan macam ni. InsyaAllah...

p/s : Lupa plak nak bagi tau. Ni adalah post blog saya yang pertama menggunakan laptop baru saya. Hehehe...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Sebulan Dari Sekarang...

Hari ni, saya dah hantar surat letak jawatan saya kepada pihak pengurusan. Saya menghantar notis sebulan untuk letak jawatan bagi membolehkan saya membuat persiapan sebelum ditempatkan di tempat kerja baru, sambil memberi peluang pihak pengurusan mencari pengganti. Secara jujur, berat juga hati nak hantar surat tadi. Sebab dah hampir 10 bulan saya kerja di sini. Tapi demi masa depan, saya kena teruskan. Surat tu saya letak je di atas meja Eksekutif Admin sebab dia cuti sakit hari ni. Tapi saya ada juga email kepada Manager, HR, dan juga pihak HQ. Sebelum balik, Mr Chua dari HR ada menyerahkan borang untuk saya isi sebelum saya melepaskan jawatan saya. InsyaALLAH, esok saya akan hantar balik borang tu untuk pihak pengurusan buat penilaian. Dengan penyerahan surat ini, maka saya sudah mulakan langkah saya untuk ke alam baru. Sekarang, cuma tunggu surat rasmi je lagi mengenai penempatan saya nanti. Dari sekarang, boleh la saya mula buat persiapan. Saya harap semuanya akan dipermudah...