Semalam, 21 Oktober 2012, menjadi detik gemilang sukan negara apabila Malaysia mencapai kejayaan dalam 3 sukan berbeza. Pertama adalah dalam perlumbaan Moto GP. Pelumba negara yang beraksi dalam saingan Moto 3 GP dunia, Zulfahmi Zainuddin berjaya menduduki tempat ke-2 dalam perlumbaan di Litar Sepang. Ini menjadikan Zulfahmi rakyat Malaysia pertama menduduki podium dalam saingan perlumbaan motosikal peringkat dunia. Malah, pelumba wildcard negara, Hafisz Syahrin yang beraksi dalam saingan Moto2 GP turut mencipta sensasi apabila berjaya menduduki tempat ke-4 keseluruhan walaupun hanya bermula di tempat ke-27 pada permulaan. Lebih membanggakan, Hafisz sempat menduduki tempat pertama untuk 3 pusingan sebelum kembali dipintas pelumba lain. Ini jelas sekali membuktikan bahawa Malaysia memiliki barisan pelumba yang sememangnya berbakat. Saya yang menyaksikan perlumbaan di kaca tv agak teruja, terutama bila mendengar pengulas memuji kedua-dua pelumba negara ini yang berjaya menampilkan per