Langkau ke kandungan utama

Kesibukan Masih Melanda...

Lepas Aidilfitri lagi saya memang sibuk. Banyak sangat keje nak kena selesaikan. Keje akademik dengan keje sampingan sama banyak. Tak tau nak wat yang mana dulu...Huhuhu...

Kali ni saya bukan nak merepek. Cuma nak kongsi 2 aktiviti yang berlangsung dalam bulan seminggu ni. Pertama ialah Hari Polibriged yang telah diadakan pada 12 dan 13 Oktober lepas. Hari Polibriged ni diadakan bagi menilai para pelajar yang mengambil AR101 Ko-Kurikulum. Pemarkahan yang diambil ialah bagi markah perkhemahan, memasak dan protokol. Malah turut diadakan pertandingan kawad kaki antara jabatan. Semua acara telah diadakan di Kompleks Sukan PMS.











Banyak gak ragam-ragam budak-budak ni yang dapat dilihat. Program tetap diteruskan walaupun hari hujan. Sebab tu pelajar terpaksa buat khemah dalam dewan. Hehehe...Macam lawak pulak berkhemah dalam dewan. Tapi nak wat camne. Dah terpaksa...Hehehe...

Itu pasal Hari Polibriged. Aktiviti kedua minggu ni adalah Latihan Kebakaran atau fire drill. Fire drill untuk kamsis pelajar telah diadakan pada 16 Oktober yang lalu. Semua pelajar terlibat dalam fire drill yang bermula jam 9.30 malam. 2 buah jentera bomba terlibat dalam latihan kebakaran ni. Malah, pihak bomba turut melakukan demonstrasi memadam kebakaran.



Minggu depan ada gak aktiviti besar yang akan diadakan bagi pelajar tahun akhir JTMK. InsyaAllah, saya akan updatekan nanti ek...

p/s : Tengah excited nak tengok final Piala Malaysia malam ni...Gomo Kelate Gomo...




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Hanya Tuhan Yang Tahu...

Hari ni takde cerita nak dikongsi lagi sebab duk sibuk sangat dengan keje & pemantauan akademik dari JPP. Cuma saya nak kongsikan lirik yang sentiasa saya dengar sekarang. Lagu Hanya Tuhan Yang Tahu nyanyian Kumpulan UNIC . Lagu ni dah lama sebenarnya, cuma sekarang saya suka dengar balik lagu ni. Mungkin lirik lagu ni agak bermakna dengan keadaan sekarang. so, sama-sama la kita layan ek...Hehehe... ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ UNIC - Hanya Tuhan Yang Tahu... Ku pendamkan perasaan ini Ku rahsiakan rasa hati ini Melindungkan kasih yang berputik Tersembunyi di dasar hati Ku pohonkan petunjuk Ilahi Hadirkanlah insan yang sejati Menemani kesepian ini Mendamaikan sekeping hati Oh Tuhanku Berikanlah ketenangan abadi Untukku menghadapi Resahnya hati ini mendambakan kasih Insan yang ku sayang C/o: Di hati ini Hanya Tuhan yang tahu Di hati ini Aku rindu padamu Tulus sanubari Menantikan hadirmu Hanyalah kau gadis pilihanku...