Langkau ke kandungan utama

Karnival Sukan Olahraga MSP 2012...

Pada 27 hingga 30 September lalu, telah berlangsung Karnival Sukan Olahraga Majlis Sukan Politeknik Yang ke-14. Politeknik Muadzam Shah menjadi tuan rumah untuk kejohanan kali ini.

Saya juga terlibat dengan karnival ini dengan menjadi AJK Hadiah. Tugas saya dan AJK Hadiah adalah mendapatkan data pemenang dan menguruskan sesi penyampaian hadiah dan pingat kepada pemenang dan wakil kontijen.

Sememangnya ini tugas baru saya dan saya tak pernah terlibat dengan tugas seperti ni sebelumnya. Banyak gak cara baru yang saya belajar kali ni. Mujur la ketua AJK HAdiah, Dayah banyak bagi maklumat untuk perjalanan karnival ni.









Walaupun letih, tapi rasa seronok gak bila dapat pengalaman baru ni. Macam-macam benda baru boleh dibuat sepanjang karnival ni. Kami dalam AJK Hadiah pun selalu berbincang dan 'mengumpat' sepanjang karnival berlangsung. Cuma tugas kami tak selesai lagi sebab nak kena siapkan sijil kepada peserta, pemenang dan juga jawatankuasa terlibat. InsyaAllah, kami akan siapkan selepas AidilAdha nanti...




Ulasan

CNcity's Enterprise berkata…
hi riki, jgn lupa folllow blog cik emma ye =)

http://cncitysboutique.blogspot.com/

Catatan popular daripada blog ini

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

I'm Back...

Ya ALLAH...Lamanya tak update blog ni. Dah bersawang dah ni...hehehe.. Setahun lebih dah blog ni kosong. Mood nak menulis tu macam dah hilang lepas kes laptop hilang tu..Huhu...sedih ni.. InsyaAllah..Saya cuba untuk update balik siki-sikit. Doakan supaya mood tu datang balik...Hehehe...