Langkau ke kandungan utama

Impian...



Sejak kebelakangan ni, saya selalu sembang dengan kawan-kawan pasal kerja. Semua orang merungut pasal susah nak dapat kerja sekarang ni. Belajar susah-susah, sambil dapat ijazah pun, belum menjamin peluang kerja yang sepatutnya.

Dan setiap kali sembang pasal kerja ni, mesti akan timbul cadangan nak buka perniagaan sendiri. Macam-macam idea la yang dikeluarkan. Ada yang logik, ada gak yang mengarut. Bukan apa, nak tengok gak kesesuaian perniagaan tu dengan apa yang kita tahu.

Bagi saya, ada 2 cadangan perniagaan yang menarik minat saya. Pertama, saya ingat nak buka Cyber Cafe. Sambil-sambil tu, saya buka kelas untuk pelajar-pelajar sekolah mengenai komputer dan teknologi maklumat. Boleh la saya guna lagi apa yang saya belajar sepanjang 3 tahun di UUM tu. Tapi masalahnya, modal permulaan terlalu tinggi. Tambahan pula, kalau dilihat perkembangan semasa, Cyber Cafe ni dah kurang dikunjungi sebab masing-masing dah ada kemudahan internet dan komputer di rumah.

Cadangan kedua pula, saya nak jadi jurugambar untuk majlis-majlis perkahwinan atau acara-acara yang dianjurkan. Saya pilih untuk jadi jurugambar sebab saya memang suka ambil gambar. Saya sebenarnya dah ada pengalaman 2 tahun menjadi jurugambar tetap untuk setiap aktivi kolej sewaktu di Kolej Tenaga Nasional, UUM. Pengalaman ni sedikit sebanyak menbantu saya. Malah, saya juga pernah sekali menjadi jurugambar untuk majlis kahwin, tapi ringkas je la. Hehehe...

Tak kira la apa pun cadangan saya, semuanya perlukan modal yang besar. Dah la tak ada duit sekarang ni. Tapi kalau dapat pun, mungkin sebagai kerja sampingan je la. Sekadar nak memenuhi minat yang ada.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Hanya Tuhan Yang Tahu...

Hari ni takde cerita nak dikongsi lagi sebab duk sibuk sangat dengan keje & pemantauan akademik dari JPP. Cuma saya nak kongsikan lirik yang sentiasa saya dengar sekarang. Lagu Hanya Tuhan Yang Tahu nyanyian Kumpulan UNIC . Lagu ni dah lama sebenarnya, cuma sekarang saya suka dengar balik lagu ni. Mungkin lirik lagu ni agak bermakna dengan keadaan sekarang. so, sama-sama la kita layan ek...Hehehe... ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ UNIC - Hanya Tuhan Yang Tahu... Ku pendamkan perasaan ini Ku rahsiakan rasa hati ini Melindungkan kasih yang berputik Tersembunyi di dasar hati Ku pohonkan petunjuk Ilahi Hadirkanlah insan yang sejati Menemani kesepian ini Mendamaikan sekeping hati Oh Tuhanku Berikanlah ketenangan abadi Untukku menghadapi Resahnya hati ini mendambakan kasih Insan yang ku sayang C/o: Di hati ini Hanya Tuhan yang tahu Di hati ini Aku rindu padamu Tulus sanubari Menantikan hadirmu Hanyalah kau gadis pilihanku...