Langkau ke kandungan utama

Lagu Raya...

Hari ni dah 28 September, bersamaan 28 Ramadhan. Ini bermakna ada 2 hari je lagi kita puasa. Alhamdulillah, setakat 28 hari puasa, tak ada sebarang masalah yang timbul. Malah, kesihatan pun baik je.

Raya akan menjelang dalam 3 hari je lagi, tapi saya masih di perantauan. Walaupun hanya 3 atau 4 jam dari kampung halaman, tapi rasa teruja untuk balik kampung tetap ada. Lebih-lebih lagi bila kawan-kawan dah mula sampai kampung. Rasa nak je balik sekarang. Tapi tak boleh la, kena kerja lagi. Saya akan tetap bekerja sehingga hari terakhir puasa, 30 September nanti. Tiket saya 12.30 tengahari 30 September nanti. Jadi, saya akan bekerja sekerat hari je hari Selasa nanti.

Sekarang ni, saya masih lagi kat pejabat. Kat meja saya, saya pasang lagu-lagu raya.
saje nak timbulkan suasana raya...Hehehe....

Apa lagu raya yang menjadi kegemaran anda semua? Setiap orang mesti ada lagu raya yang menjadi kegemaran mereka. Mungkin lagu-lagu ni ada maksud tersendiri bagi mereka. Bagi saya, saya lebih suka lagu raya yang lama-lama. Kebanyakannya lagu-lagu evergreen yang sentiasa segar sehingga hari ini. Dan lagu-lagu ini boleh menberi pengertian tersendiri bagi saya. Antara lagu kegemaran saya ialah Dendang Perantau (P.Ramlee), Ku Pohon Restu Ayah Bonda (Mamat), Dari Jauh Ku Pohon Maaf (Sudirman), Kepulangan Yang Dinanti (Aman Shah), dan beberapa lagi lagu yang lain. Tu kalau yang lama, tapi saya ada gak minat lagu-lagu baru ni. Antaranya, Puasa & Raya (Senario) dan Sesuci Lebaran (Siti Nurhaliza).

Dalam banyak-banyak lagu ni, lagu Dendang Perantau, Ku Pohon Restu Ayah Bonda, Kepulangan Yang Dinanti, dan Dari Jauh Ku Pohon Maaf paling banyak meninggalkan kesan dalam hati saya. Dengan melodi yang menarik, ditambah pula dengan lirik yang cukup menyentuh perasaan. Bila dihayati lirik lagu ni, memang boleh memberi perasaan yang cukup sayu, lebih-lebih lagu kalau duduk di perantauan. Memang jadi tak sabar nak balik raya bila dengar lagu-lagu ni.

Macam mana pula dengan lagu raya anda...?Hehe...Bukan apa, lagu-lagu raya ni sebenarnya boleh tolong kita untuk memahami apa ertinya hari raya yang sebenar. Btul tak?

p/s : Kat bawah ni ada lirik lagu Ku Pohon Restu Ayah Bonda. Layan...


Duhai bonda duhai ayahanda
Dengarlah rayuan anakanda
Yang jauh di mata…

Tanpa ku sedari airmata ku mengalir
Terdengar ayat suci seruan takbir
Betapa daku gembira dekat di samping keluarga
Di pagi mulia hari raya

Kan ku sujud di kakimu bila kita bertemu
Kan ku cium tangan mu ku pohon restu
Oh maafkan daku kesalahan diri ku

Walau jauh di mata namun kau tak dapat ku lupa
Doa ku sepanjang masa agar kau bahagia
Ku pohon restu dari mu oh ayah dan ibu
Agar tercapai cita ku membela nasib mu

Kan ku sujud di kakimu bila kita bertemu
Kan ku cium tangan mu ku pohon restu
Oh maafkan daku kesalahan diri ku

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Hanya Tuhan Yang Tahu...

Hari ni takde cerita nak dikongsi lagi sebab duk sibuk sangat dengan keje & pemantauan akademik dari JPP. Cuma saya nak kongsikan lirik yang sentiasa saya dengar sekarang. Lagu Hanya Tuhan Yang Tahu nyanyian Kumpulan UNIC . Lagu ni dah lama sebenarnya, cuma sekarang saya suka dengar balik lagu ni. Mungkin lirik lagu ni agak bermakna dengan keadaan sekarang. so, sama-sama la kita layan ek...Hehehe... ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ UNIC - Hanya Tuhan Yang Tahu... Ku pendamkan perasaan ini Ku rahsiakan rasa hati ini Melindungkan kasih yang berputik Tersembunyi di dasar hati Ku pohonkan petunjuk Ilahi Hadirkanlah insan yang sejati Menemani kesepian ini Mendamaikan sekeping hati Oh Tuhanku Berikanlah ketenangan abadi Untukku menghadapi Resahnya hati ini mendambakan kasih Insan yang ku sayang C/o: Di hati ini Hanya Tuhan yang tahu Di hati ini Aku rindu padamu Tulus sanubari Menantikan hadirmu Hanyalah kau gadis pilihanku...