Langkau ke kandungan utama

Majlis Berbuka Puasa...


Dekat-dekat nak raya ni, makin banyak jemputan berbuka puasa yang saya terima. Maklumlah, nak ambik berkat hujung Ramadhan ni...Hehehe...

2 hari lepas, 22 September (Isnin), saya berbuka puasa di pejabat saya. Ada Majlis Berbuka Puasa yang dianjurkan oleh Balai Bomba dan Penyelamat Kuala terengganu. Kiranya saya hadir untuk mewakili bahagian saya la. Ramai gak yang datang, termasuk la dari balai-balai yang lain.

Semalam, saya dijemput pula ke Malam Amal & Berbuka Puasa Bersama CANON di Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu. Majlis ini dijemput oleh pihak CANON sendiri yang menjadi antara pembekal barangan pejabat di JBPM Terengganu ni. 6 orang dari pejabat saya yang hadir.


Kalau nak dikira, ni la pertama kali saya berbuka puasa di hotel. Gempak la skikit. Hehehe...Kira-kira seratus lebih tetamu yang datang. Majlis dimulakan dengan ucapan ringkas dari wakil CANON yang hadir, kemudian sedikit sumbangan diberikan kepada wakil rumah kebajikan yang terpilih. Ini antara strategi pihak CANON untuk menambat hati agensi-agensi yang terlibat agar terus bersama dengan produk mereka.

Dari segi hidangan, rasanya boleh dianggap biasa untuk majlis-majlis seperti ini di hotel. Buffet yang disediakan terdiri dari nasi dan lauk-lauk, serta kuih-kuih yang pelbagai jenis. Bolehla, sekadar nak mencuba. Hehehe...


p/s : Bila lagi dapat makan kat hotel....Hehehe

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Hanya Tuhan Yang Tahu...

Hari ni takde cerita nak dikongsi lagi sebab duk sibuk sangat dengan keje & pemantauan akademik dari JPP. Cuma saya nak kongsikan lirik yang sentiasa saya dengar sekarang. Lagu Hanya Tuhan Yang Tahu nyanyian Kumpulan UNIC . Lagu ni dah lama sebenarnya, cuma sekarang saya suka dengar balik lagu ni. Mungkin lirik lagu ni agak bermakna dengan keadaan sekarang. so, sama-sama la kita layan ek...Hehehe... ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ UNIC - Hanya Tuhan Yang Tahu... Ku pendamkan perasaan ini Ku rahsiakan rasa hati ini Melindungkan kasih yang berputik Tersembunyi di dasar hati Ku pohonkan petunjuk Ilahi Hadirkanlah insan yang sejati Menemani kesepian ini Mendamaikan sekeping hati Oh Tuhanku Berikanlah ketenangan abadi Untukku menghadapi Resahnya hati ini mendambakan kasih Insan yang ku sayang C/o: Di hati ini Hanya Tuhan yang tahu Di hati ini Aku rindu padamu Tulus sanubari Menantikan hadirmu Hanyalah kau gadis pilihanku...