Langkau ke kandungan utama

Antara Tugas Dan Keluarga...

Sehari dua ni, pejabat saya dah mula cakap-cakap pasal raya, terutamanya bagi kakitangan bomba di sini. Mereka mula berbincang dan mungkin mempersoalkan mengenai jadual bertugas sepanjang Hari Raya Aidilfitri nanti. Jadual bertugas dah dikeluarkan semalam dan setiap pegawai di sini akan bertugas 2 kali sepanjang raya.

Bagi saya, saya cukup menghormati kerjaya pasukan seragam seperti bomba, polis, tentera dan lain-lain sebab mereka ni sentiasa komited menjalankan tugas mereka tak kira masa dan ketika. Seperti bomba, mereka akan sentiasa bertugas dan bersedia seandainya berlaku sebarang kemungkinan yang tidak dijangka. Mereka akan mula bertugas sebelum raya sehingga lepas raya.

Cuma, apa yang saya perhatikan di sini, cara penyusunan jadual giliran bertugas tidak dilakukan secara sistematik. Maksud saya di sini adalah bagi penggiliran bertugas pada hari raya oleh kakitangan terlibat. Ada di antara mereka yang hampir setiap tahun bertugas pada hari raya pertama dan kedua, manakala ada juga yang hanya bertugas sebelum raya atau selepas raya. Sebagai contoh, pegawai A pada tahun lepas sudah bertugas pada hari raya pertama dan kedua, manakala pegawai B hanya bertugas beberapa hari sebelum raya dan selepas raya. Sepatutnya pada tahun ini pegawai A tidak perlu bertugas pada raya pertama dan kedua, dan diganti dengan pegawai B, tetapi ada sesetengahnya tidak berlaku sebegitu.

Saya tahu, bukan bidang saya untuk memperkatakan perkara-perkara sebegini. Saya tidak ada hak dan kuasa untuk mengubahnya. Cuma saya terpikirkan nasib sebilangan mereka yang terlibat. Boleh dikatakan wujud ketidakadilan terhadap mereka apabila hak mereka untuk beraya bersama keluarga dinafikan oleh sesetengah pihak yang mungkin menggunakan kuasa yang ada untuk kesenangan mereka. Mereka tidak memikirkan tentang orang lain, tetapi hanya ingin 'menyelamatkan' diri mereka sahaja.

Apa pun, saya tahu, walau macam mana pun cara penyusunan jadual bertugas, kakitangan bomba akan tetap menjalankan tanggungjawab mereka. Mereka sememangnya komited dengan tanggungjawab mereka. Sesuatu yang sukar dipertikaikan.

Buat mereka yang bakal bertugas sepanjang raya, selamat bertugas saya ucapkan.

p/s : Baru je sebelas hari puasa, dah pikir nak raya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Hanya Tuhan Yang Tahu...

Hari ni takde cerita nak dikongsi lagi sebab duk sibuk sangat dengan keje & pemantauan akademik dari JPP. Cuma saya nak kongsikan lirik yang sentiasa saya dengar sekarang. Lagu Hanya Tuhan Yang Tahu nyanyian Kumpulan UNIC . Lagu ni dah lama sebenarnya, cuma sekarang saya suka dengar balik lagu ni. Mungkin lirik lagu ni agak bermakna dengan keadaan sekarang. so, sama-sama la kita layan ek...Hehehe... ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ UNIC - Hanya Tuhan Yang Tahu... Ku pendamkan perasaan ini Ku rahsiakan rasa hati ini Melindungkan kasih yang berputik Tersembunyi di dasar hati Ku pohonkan petunjuk Ilahi Hadirkanlah insan yang sejati Menemani kesepian ini Mendamaikan sekeping hati Oh Tuhanku Berikanlah ketenangan abadi Untukku menghadapi Resahnya hati ini mendambakan kasih Insan yang ku sayang C/o: Di hati ini Hanya Tuhan yang tahu Di hati ini Aku rindu padamu Tulus sanubari Menantikan hadirmu Hanyalah kau gadis pilihanku...