Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2008

Keputusan...

Setelah difikirkan sedalam-dalamnya, saya telah membuat keputusan yang muktamad. Keputusan ini diambil memandangkan kontrak kerja saya akan berakhir esok. Oleh itu, saya telah membuat kata putus.... ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ Keputusannya adalah.... ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ Hehehe..... ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ Saya dah sambung kontrak saya. Malas nak pikir pasal orang lain. Lantak la nak cakap apa pun. Yang penting, saya kerja dengan etika kerja saya sendiri. Terima kasih kepada yang menyokong saya. p/s : Saya akan kembali 'menggegarkan' pejabat saya....Hehehe....

Pesta Bola Merdeka Ke-40 Milik Vietnam...

Semalam, saya menanti aksi akhir Pesta Bola Merdeka ke-40 yang menemukan pasukan negara kita, Malaysia menentang Vietnam. Malaysia jelas sekali menguasai bola, namun gagal menterjemahkan gerakan untuk menghasilkan gol. Vietnam pula hanya bertahan di kawasan mereka. Mereka sememangnya telah menggunakan strategi sama sewaktu di separuh akhir. Sehingga 90 minit perlawanan, masih tiada gol berjaya dihasilkan. 30 minit tambahan selepas iatu juga berjaya dikekang oleh Vietnam agar tidak dibolosi. akhirnya, sepakan penalti menjadi penentu. Norhafiz Zamani Misbah, pertahan senior pasukan negara menjadi satu-satunya pemain yang gagal menyempurnakan sepakan, dan seterusnya 'menghadiahkan' kemenangan kepada pasukan Vietnam. Cukup mengecewakan apabila kita gagal mempertahankan kejuaraan tahun lalu setelah tewas melalui penentuan sepakan penalti. Apa pun, tahniah kepada Malaysia kerana tidak putus asa untuk mencuba. Diharap jurulatih B. Sathianathan dapat mencari formula baru sebelum Malays

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2008 & Hari Q JBPM Terengganu...

Rabu (22 Oktober 2008) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Saya dan beberapa orang kakitangan Bahagian Pengurusan bertolak ke BBP Chukai di Kemaman untuk membuat persiapan sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2008 dan Hari Q JBPM Terengganu. Sekitar jam 5.30 petang, iaitu selepas waktu pejabat, kami bertolak dengan menaiki bas yang turut membawa beberapa orang penerima Anugerah Khidmat Cemerlang. Kami tiba di BBP Chukai sekitar jam 8.00 malam. Dari sini, kami dari Bahagian Pengurusan terus ke Hotel Marjan, bersebelahan dengan pasaraya The Store untuk 'check-in'. Jam 9 malam, kami kembali semula ke BBP Chukai untuk persiapan gerai dan majlis raptai. Apabila sampai di sana, keadaan di sana masih lagi hujan. Ini menyebabkan kami tidak dapat mempersiapkan gerai kami untuk Pertandingan Gerai Cantik. Jadi, kehadiran kami pada malam itu hanya untuk mengikuti raptai sahaja. Tapi, selepas selesai, saya terpaksa pulang lewat ke hotel kerana perlu menolong Linda, pengacara majlis untuk mencetak teks

Apa Perasaan Anda Bila.....?

Apa perasaan anda bila orang yang anda hormati sebelum ini menjadi berlagak dan sombong...? Apa perasaan anda bila orang yang berperanan sebagai Pegawai Perhubungan Awam melakukan sesuatu yang boleh dianggap memalukan...? Apa perasaan anda bila anda dimarahi bukan kerana kesilapan anda...? Ceritanya bermula begini.... Hari Isnin, saya dimaklumkan oleh bos di bahagian saya yang kami perlu menyiapkan buku cenderahati untuk digunakan esok pada majlis di BBP Chukai. Saya pun mengambil contoh buku cenderahati dari seorang petugas di Unit Sumber untuk digunakan. Saya pulang ke rumah dan siapkannya. Keesokannya, iaitu semalam (Selasa), apabila saya tunjukkan hasil buku yang saya hasilkan, saya dimaklumkan oleh bos bahagian saya yang saya perlu menambah ucapan aluan ke dalam buku tersebut. Ucapan itu telah diemailkan oleh Pengerusi AJK Protokol Majlis kepada Pegawai Perhubungan Awam (PRO) untuk disemak. Oleh itu, saya dikehendaki mengambil ucapan itu dari PRO tersebut. Sebelum ini, saya cukup

Majlis Konvokesyen Ke-21, Sidang Kedua...

18 - 20 Oktober merupakan Majlis Konvokesyen Ke-21 Universiti Utara Malaysia, Sidang Kedua. Hari ni merupakan sesi terakhir yang melibatkan pelajar Sains Sosial, Pendidikan, Teknologi Maklumat dan Multimedia. Ramai gak kawan-kawan yang terlibat kali ni. Tadi pun saya sempat tengok majlis tu secara terus dari laman web UUM. Nampak gak 2,3 orang kawan saya. Kepada yang terlibat, selamat berkonvokesyen saya ucapkan. Semoga terus maju lepas ni. p/s : Rindu nak konvo lagi...Hehehe...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Tak Sempat...

Dalam sehari dua ni, banyak betul kerja kat pejabat ni. Kerja asal tak siap lagi, dah kena buat kerja lain. Sampai semput saya rasa..... Biasa la tu. Ni la keadaannya bila audit nak datang. Kena pulak minggu depan ada sambutan hari raya. Bertambah-tambah la kerja. Tak termasuk lagi kerja-kerja pejabat yang lain. Hai la badan...Hehehe.... p/s : Bila la nak habis kerja...?Hehehe....

Idea Untuk Hiasan...

23 Oktober ni, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Terengganu akan mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Q 2008. Majlis akan diadakan di Balai Bomba Dan Penyelamat Chukai, Kemaman. Pada majlis ini, makanan akan disediakan oleh wakil-wakil yang akan mengisi gerai-gerai yang disediakan. Wakil-wakil ini adalah dari balai-balai dan ibu pejabat bomba di Terengganu ni. Jadi, untuk memeriahkan lagi suasana, pertandingan gerai tercantik akan diadakan. Untuk gerai wakil ibu pejabat, saya dan kakitangan Bahagian Pengurusan sedang sibuk memikirkan hiasan dan konsep yang akan digunakan. Susah gak sebab tak nak nampak sama dengan gerai lain. Setakat ni, idea dah ada tapi sikit je la. Kalau boleh, nak tambah idea lain yang lebih kreatif. Ada ke sape-sape yang boleh bagi idea....?Hehehe...

Ayat-ayat Cinta...

Ayat-ayat cinta. Sebuah novel yang hebat dan mendapat pengiktirafan di Indonesia. Apabila diangkat ke layar perak, ternyata tidak mengecewakan. Filem ini turut menjadi fenomena baru di Indonesia. Berkisarkan mengenai kehidupan pelajar di Universiti Al-Azhar, Mesir, filem ini jelas sekali filem yang lain dari yang lain. Menggunakan cerita kehidupan seorang muslim, kita 'diajar' dengan onsep-konsep jodoh dan percintaan dalam Islam. Sesuatu yang jarang ditampilkan, filem ini memberi pengajaran berguna kepada golongan remaja, khususnya yang sedang bercinta agar sentiasa mengikut lunas-lunas yang telah ditetapkan Islam. Secara peribadi, saya cukup menggemari filem ini. Banyak pengajaran yang boleh diperolehi melalui penceritaannya. Antara yang menarik minat saya adalah sesi ta'aruf, iaitu pertemuan bakal suami dan isteri yang ditemani dengan ahli keluarga kedua-dua pihak. Secara jujur, saya tidak begitu memahami akan konsep ta'aruf sebelum ini tetapi selepas melihat salah sa

Rahsia Lelaki & Ragam...

Hari ni, saya nak kongsi rahsia pasal lelaki. Mana la tau kalau ada kawan-kawan yang nak siasat mengenai lelaki-lelaki yang dikenali. Sekadar suka-suka. Bukan 100% tepat. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ RAHSIA LELAKI & RAGAM Lelaki Bersemangat Bagaimana mengenali mereka: Personaliti diri mereka boleh dikenali menerusi penampilan fizikal mereka. Selalunya mereka yang punya semangat tinggi dalam hidup akan sering kelihatan kepenatan. Mungkin selepas makan atau merokok. Dia juga seorang yang lebih suka memendam rahsianya seorang diri dan dari segi kewangan,tidaklah begitu berwang sangat. Satu lagi sikapnya, sering marah dengan ahli keluarga yang lain. Mungkin sebab kekurangan rehat akibat penat bekerja dan melakukan segalanya begitu bersungguh-sungguh. Maknanya: Biarpun mereka ini sering keletihan tapi sebenarnya mereka ini seorang yang sangat bersemangat dalam hidup dan sanggup bekerja keras demi kepentingan keluarga. Kamu boleh bergantung hidup padanya. Cuma

Kenyangnya...

Hehe...baru je balik dari beraya di rumah Tuan Md Ali. Saya makan semua jenis makanan yang ada. Memang kenyang.... Ni jemputan kedua untuk tahun ni. Dua hari lepas kat rumah bos, ni kat rumah Tuan Md Ali pulak. Harap-harap lepas ni banyak lagi jemputan yang datang. Macam tahun lepas...Hehehe... p/s : Puasa sebulan, kita raya sebulan.....Hehehe

Teruja...

Semalam, banyak berita dalam surat khabar mengenai perkembangan terbaru persiapan pasukan bola sepak negeri Kelantan dalam menghadapi musim baru Liga Malaysia 2009. Untuk musim baru, Kelantan melantik Peter Butler sebagai ketua jurulatih. Butler pernah melatih pasukan Sabah beberapa tahun lalu. Selain itu, Kelantan juga diperkuatkan dengan 4 pemain hebat dari negeri lain. Antaranya ialah penyerang sensasi Perak, Khalid Jamlus, bekas penyerang Terengganu dan Polis, Nor Farhan, bekas pemain kebangsaan dan bekas pertahanan Perak, Azlan Zainal, dan pertahanan Johor FC yang juga pemain pertahanan, Daudsu Jamaludin. Malah, bekas pemain Terengganu yang juga berasal dari Kelantan, Che Hishamudin, turut menunjukkan minat untuk kembali ke Kelantan. Melihatkan barisan pemain baru dan antara pemain musim lalu yang dikekalkan, saya memang teruja untuk mengikuti perkembangan pasukan Kelantan musim baru ni. Kalau dilihat pada perkembangan musim lalu, Kelantan antara pasukan yang menonjol dalam Liga P

Kembali Ke Pejabat...

Hari ni, saya dah mula kerja. Selepas cuti raya, ni baru masuk pejabat. Petang semalam baru sampai ke Terengganu ni. Kiranya cuti 2 hari la....Hehehe.... Raya tahun ni macam biasa je. Tak ada yang gempak sangat. Cuma kali ni macam sibuk sikit la. Maklumlah, balik kampung pun sehari sebelum raya. Malam raya, sempat gak keluar gi beli pakaian raya...Hehehe...Mula-mula adik ajak di KB Mall, nak cari seluar. Saya je beli, dia tak berkenan pulak seluar kat situ. Lepas tu, kita orang gi la kat bandar KB. Cari barang-barang kat KB Uptown. Ramai betul orang malam raya tu. Lepas jumpa apa nak beli, terus balik. Malas nak pusing lama-lama. Raya pertama saya duk kar rumah je. Tunggu tetamu datang. Tak la ramai sangat yang datang, tapi boleh dikira 'memberangsangkan' la. Lauk semua habis....Hehehe... Raya kedua sibuk sikit. Tengahari tu ada member datang, sambil-sambil adik dia nak tanya pasal pengaturcaraan sistem. Tapi tak boleh lama sangat sebab member-member lain duk tunggu saya. Diaor