Langkau ke kandungan utama

Teruja...


Semalam, banyak berita dalam surat khabar mengenai perkembangan terbaru persiapan pasukan bola sepak negeri Kelantan dalam menghadapi musim baru Liga Malaysia 2009. Untuk musim baru, Kelantan melantik Peter Butler sebagai ketua jurulatih. Butler pernah melatih pasukan Sabah beberapa tahun lalu. Selain itu, Kelantan juga diperkuatkan dengan 4 pemain hebat dari negeri lain. Antaranya ialah penyerang sensasi Perak, Khalid Jamlus, bekas penyerang Terengganu dan Polis, Nor Farhan, bekas pemain kebangsaan dan bekas pertahanan Perak, Azlan Zainal, dan pertahanan Johor FC yang juga pemain pertahanan, Daudsu Jamaludin. Malah, bekas pemain Terengganu yang juga berasal dari Kelantan, Che Hishamudin, turut menunjukkan minat untuk kembali ke Kelantan.

Melihatkan barisan pemain baru dan antara pemain musim lalu yang dikekalkan, saya memang teruja untuk mengikuti perkembangan pasukan Kelantan musim baru ni. Kalau dilihat pada perkembangan musim lalu, Kelantan antara pasukan yang menonjol dalam Liga Perdana. Malah, Kelantan turut menggegar dalam pusingan pertama saingan Piala Malaysia. Walaupun pemain import tidak lagi dibenarkan untuk musim 2009 nanti, kehadiran pemain-pemain berpengalaman ini diharap memberi impak hebat dan mampu membawa sekurang-kurangnya satu kejuaraan musim ini.

Apa pun, diharapkan para pemain mampu menjalankan tanggungjawab mereka dan mampu menghiburkan peminat setia dengan persembahan mereka.

p/s : Gomo Kelate Gomo...

Ulasan

Sapixx berkata…
kelate bulih gi jauh musim baru ni.
gomo kelate gomo
s b 1 8 9 1 1 9 berkata…
betl3x....

gomo kelate gomo...

Catatan popular daripada blog ini

Sebulan Dari Sekarang...

Hari ni, saya dah hantar surat letak jawatan saya kepada pihak pengurusan. Saya menghantar notis sebulan untuk letak jawatan bagi membolehkan saya membuat persiapan sebelum ditempatkan di tempat kerja baru, sambil memberi peluang pihak pengurusan mencari pengganti.

Secara jujur, berat juga hati nak hantar surat tadi. Sebab dah hampir 10 bulan saya kerja di sini. Tapi demi masa depan, saya kena teruskan. Surat tu saya letak je di atas meja Eksekutif Admin sebab dia cuti sakit hari ni. Tapi saya ada juga email kepada Manager, HR, dan juga pihak HQ. Sebelum balik, Mr Chua dari HR ada menyerahkan borang untuk saya isi sebelum saya melepaskan jawatan saya. InsyaALLAH, esok saya akan hantar balik borang tu untuk pihak pengurusan buat penilaian.

Dengan penyerahan surat ini, maka saya sudah mulakan langkah saya untuk ke alam baru. Sekarang, cuma tunggu surat rasmi je lagi mengenai penempatan saya nanti. Dari sekarang, boleh la saya mula buat persiapan. Saya harap semuanya akan dipermudahkan …

'Cinta tak kesampaian...'

Hehe....suka sangat tengok gambar ni...kreatif gak orang yang buat kek ni...tapi rasanya tak leh guna untuk majlis kahwin...nanti jadi betul plak...hehehehe

p/s : Credit kepada Asscrewz.com