Langkau ke kandungan utama

Kembali Ke Pejabat...

Hari ni, saya dah mula kerja. Selepas cuti raya, ni baru masuk pejabat. Petang semalam baru sampai ke Terengganu ni. Kiranya cuti 2 hari la....Hehehe....

Raya tahun ni macam biasa je. Tak ada yang gempak sangat. Cuma kali ni macam sibuk sikit la. Maklumlah, balik kampung pun sehari sebelum raya.

Malam raya, sempat gak keluar gi beli pakaian raya...Hehehe...Mula-mula adik ajak di KB Mall, nak cari seluar. Saya je beli, dia tak berkenan pulak seluar kat situ. Lepas tu, kita orang gi la kat bandar KB. Cari barang-barang kat KB Uptown. Ramai betul orang malam raya tu. Lepas jumpa apa nak beli, terus balik. Malas nak pusing lama-lama.

Raya pertama saya duk kar rumah je. Tunggu tetamu datang. Tak la ramai sangat yang datang, tapi boleh dikira 'memberangsangkan' la. Lauk semua habis....Hehehe...

Raya kedua sibuk sikit. Tengahari tu ada member datang, sambil-sambil adik dia nak tanya pasal pengaturcaraan sistem. Tapi tak boleh lama sangat sebab member-member lain duk tunggu saya. Diaorang ajak beraya rumah cikgu. Dalam jam 1 tengahari, kita orang gi beraya rumah Cikgu Patma, yang mengajar BM masa tingkatan 5 dulu. Memang tiap-tiap kali raya kitaorang gi raya rumah dia. Lepas tu nak gi raya kat rumah cikgu Matematik pulak, tapi tak jadi sebab jalan sesak sangat. Jadi, kitaorang gi rumah cikgu Biologi, Cikgu Dalyana. Dah lama tak jumpa Cikgu Dalyana. Kali terakhir jumpa dia masa ambil keputusan SPM, iaitu kira-kira 6 tahun lepas. Banyak gak yang kami sembangkan. Malamnya pula saya ikut member gi makan BBQ kat rumah kawan lama dia. Dalam jam 11 baru balik.

Raya ketiga duk rumah je, sambut tetamu. Sama la macam raya ke-4. Layan tetamu je. Raya ke-5 pun duk rumah, tapi sibuk sikit sebab tolong adik member buat pengaturcaraan sistem. Lama gak. Dari jam 12 tengahari sampai jam 6 petang. Sempat gak la buat banyak, walaupun tak siap lagi sistem tu.

Raya ke-6, dah bertolak balik ke Terengganu. Sampai jam 5.30 petang. Rehat-rehat sambil kemas rumah yang berdebu sikit...Hehehe...Hari ni gi pejabat, kerja tak banyak sangat. Sempat gi beraya gi rumah bos yang buat rumah terbuka.

Walaupun rasa tak puas lagi nak beraya, tapi kena mula kerja gak. nanti gaji kurang...Hehehe...

p/s : Raya tak semeriah zaman kanak-kanak dulu. Tapi, kena la pandai memeriahkannya dengan cara kita sendiri.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Hanya Tuhan Yang Tahu...

Hari ni takde cerita nak dikongsi lagi sebab duk sibuk sangat dengan keje & pemantauan akademik dari JPP. Cuma saya nak kongsikan lirik yang sentiasa saya dengar sekarang. Lagu Hanya Tuhan Yang Tahu nyanyian Kumpulan UNIC . Lagu ni dah lama sebenarnya, cuma sekarang saya suka dengar balik lagu ni. Mungkin lirik lagu ni agak bermakna dengan keadaan sekarang. so, sama-sama la kita layan ek...Hehehe... ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ UNIC - Hanya Tuhan Yang Tahu... Ku pendamkan perasaan ini Ku rahsiakan rasa hati ini Melindungkan kasih yang berputik Tersembunyi di dasar hati Ku pohonkan petunjuk Ilahi Hadirkanlah insan yang sejati Menemani kesepian ini Mendamaikan sekeping hati Oh Tuhanku Berikanlah ketenangan abadi Untukku menghadapi Resahnya hati ini mendambakan kasih Insan yang ku sayang C/o: Di hati ini Hanya Tuhan yang tahu Di hati ini Aku rindu padamu Tulus sanubari Menantikan hadirmu Hanyalah kau gadis pilihanku...