Semalam, saya menanti aksi akhir Pesta Bola Merdeka ke-40 yang menemukan pasukan negara kita, Malaysia menentang Vietnam. Malaysia jelas sekali menguasai bola, namun gagal menterjemahkan gerakan untuk menghasilkan gol. Vietnam pula hanya bertahan di kawasan mereka. Mereka sememangnya telah menggunakan strategi sama sewaktu di separuh akhir.
Sehingga 90 minit perlawanan, masih tiada gol berjaya dihasilkan. 30 minit tambahan selepas iatu juga berjaya dikekang oleh Vietnam agar tidak dibolosi. akhirnya, sepakan penalti menjadi penentu.
Norhafiz Zamani Misbah, pertahan senior pasukan negara menjadi satu-satunya pemain yang gagal menyempurnakan sepakan, dan seterusnya 'menghadiahkan' kemenangan kepada pasukan Vietnam. Cukup mengecewakan apabila kita gagal mempertahankan kejuaraan tahun lalu setelah tewas melalui penentuan sepakan penalti.
Apa pun, tahniah kepada Malaysia kerana tidak putus asa untuk mencuba. Diharap jurulatih B. Sathianathan dapat mencari formula baru sebelum Malaysia turun ke kejohanan Piala Suzuki AFF bulan depan.
Ulasan
jadikan kegagalan pestabola merdeka sebagai azimat berguna untuk menempuh cabaran piala aff disember nanti
MALAYSIA TETAP BOLEH